Penulis amat berminat dengan hasil tulisan dan idea-idea jutawan muda negara kita, Dr Irfan Khairi, Penulis selalu mengunjungi blog beliau dan sering membaca buku-buku hasil nukilan beliau. Beliau merupakan salah seorang idola penulis. Kalau nak bercerita mengenai Dr Irfan rasanya ramai daripada para pembaca amat mengenali beliau. Beliau kini mempunyai program radio sendiri, beliau juga merupakan columnist dalam majalah maskulin disamping pensyarah dalam kursus-kursus anjuran syarikat beliau sendiri. Bagaimana beliau menjadi jutawan dalam usia tak mencecah 30 tahun ?? Apa kata anda sendiri yang mencari biography idola penulis ini.
Disini penulis ingin berkongsi beberapa pendapat beliau yang merupakan asas dalam pembentukan seorang jutawan dalam kata lain cara-cara nak jadi jutawan. Ya, mungkin perkataan jutawan tidak sesuai untuk semua, mungkin keinginan menjadi jutawan ini sekadar angan kosong bagi sesetengah orang, tapi bagi mereka yang optimistik dalam kehidupan, menjadi jutawan adalah misi dalam hidup mereka.
Dr. Irfan pernah menulis, untuk menjadi seorang jutawan seorang itu perlu mempunyai minda jutawan. Jutawan tidak berfikir seperti orang kebanyakan berfikir. Seseorang itu tidak memerlukan duit yang banyak atau modal yang besar untuk mengusahakan perniagaan sendiri, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri, kreativiti, ilmu, usaha besertakan doa, kita boleh memulakan perniagaan tanpa menggunakan wang.
Jutawan selalu berfikir bagaimana untuk menghasilkan pulangan atau pendapatan yang berulang-ulang tetapi hanya dengan sekali berkerja, ini minda jutawan. Banyak perkerjaan yang boleh dilakukan untuk menghasilkan pendapatan tanpa henti dan tanpa had, mengalir masuk. Cuba kita buka pemikiran kita dan sama-sama berfikir bagaimana perkara ini boleh dilakukan.
Pelaburan terbaik yang pernah disyorkan oleh Dr. Irfan adalah melabur pada diri sendiri, iaitu dengan membuat pelaburan pada ilmu. Beliau mencadangkan agar 3% daripada jumlah pendapatan kita dilaburkan pada ilmu. Dengan cara ini, setiap bulan, ilmu kita mengenai bidang yang hendak diterokai akan bertambah dari semasa ke semasa, dan sampai suatu saat nanti kita akan menjadi pakar dalam bidang yang kita ceburi. Dengan melabur pada ilmu, fikiran, idea dan teknik kita dalam sesuatu bidang itu akan lebih meluas sekaligus membuka peluang untuk kita berjaya dan memperolehi pulangan yang lumayan dalam bidang yang kita ceburi.
3 cara mencari ilmu yang digariskan Dr. Irfan, yang pertama sudah pasti melalui buku, buku dan buku, ya anda mempunyai potensi yang lebih besar untuk menjadi jutawan jika anda seorang ulat buku, kedua dengan bertanyakan pada mereka yang pakar dalam sesuatu bidang yang hendak kita terokai, dengan itu secara tidak langsung kita akan belajar melalui pengalaman seorang pakar, dan yang terakhir adalah dengan menghadiri kursus dan seminar untuk menambah ilmu kita secara teori dan juga praktikal dalam sesuatu bidang.
Penulis memegang prinsip, kalau mereka boleh, mengapa kita tidak..? Semuanya tidak mustahil di dunia ini selagi ada usaha dan setelah itu tawakal pada yang Maha Esa. Tapi perkara paling penting ialah ilmu, ilmu dan maka untuk mendapatkan ilmu itu Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.
9 comments:
Nice..
Just do it!
Maybe you'll be the next Millionaire... :-)
beb..
lu try le..
kalau lu dh kaya roge gua..
gua try pulak..
amcm?
gua nak join lu bleh? kite try sesame... gua pon nak jadi jutawan gak! heh!
- all the best my fren -
3 % ?
karang aku kira balik.
salam..
Kak Nur:
InsyaAllah kak, dengan azam dan tekad nothing Imposible..;-) doa-doa la ye kak..heheh
Daus:
Beb, apasal gua jer yg kena try sorang2, kita sama2 la usaha, nk jadi jutawan bukan try2 jer beb, kena komited, bak kata Islam 9/10 punca rezeki itu terletak dalam pernigaan, bukan dlm skim cepat kaya...heheh..;-)
Laxmana:
Ok beb, lu dialu-alukan join gua, kita sama2 berusaha ke arah itu.. amacam.. ada brani..??
Hasbullah Pit:
heheh.. ye la bro, 3% mengikut kiraan pakar motivasi, tp kalau dh pendapatn sebulan RM 15,000, belanja sebulan 1% untuk Ilmu pun dh cukup.Yang 2% lagi melabur dlm ASB..heheh.;-)
Firzooo...
Alaaa...Duit!Duit!Duit! D.U tu dah dkt2 dgn DU-nia laaa...
Gua rasaaa...lu kira jugak bape percent lagi hayat kita kat atas DU-nia nih, then bahagikan dengan amal2 kitaa...Tu baru best!
Huhuhu...
Takbirrrrr!!!!!
Salam..
Allahuakbar...
Aboo:
jap..jap.. u dont get me wrong beb... duit mmg bukan segalanya.. tp cuba kalau kita bnyk duit mcm syed mokhtar al bukhary..dan kita bina yayasan mcm dia... tak ke amal kita kat dunia ni berterusan tnpa henti... ye tak beb..??
Salam...
Lama tak hapdet bro...?
Lu bz ke?
Firzooo...
Hahhh..APa cite?Ini hari gua dgr bab2 deposit duit ni..Problemmm?!Lu musti komennn bebbb...!Dah lu tulis pasal duit...Huhuhu
Kawan gua,Cina cakap..."Melayu layu pasai luit maaa..."
Melayu jgn jadi kayu...Nak duit!Kena usaha laaaaa...
Tapi...Tapi..Tapi...Irfan tu bleh respect jugak laahhh!Huhu..Cuma nak jadi macam tu,1 dlm sejuta kot..?!
Utk fasa1:Tukar niat nak jadi ribuwan duluuu..Pastu baru berangan nak jadi jutawannnn!
Roger!
Post a Comment