Kehangatan pilihanraya kecil P-36 Kuala Terengganu bolehlah dikatakan tidak sepanas ibu kepada segala pilihanraya kecil, P-44 Permatang Pauh. Namun misi yang dibawa oleh kedua-dua calon amatlah besar dan bakal mengubah persepsi rakyat terhadap pimpinan negara. Rakyat bakal melihat suatu perubahan yang nyata dalam pemerintahan demokrasi berpelembagaan Malaysia, jika PAS berjaya merampas Parlimen P36 ini maka bermakna, rakyat terus dan terus hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional dan mula yakin kepada pemerintahan alternatif, Pakatan Rakyat.
Keputusan P44 adalah berkecuali kerana kemenangan besar calon PKR, Dato Seri Anwar Bin Ibrahim telah dijangka sejak awal. Berbeza di Kuala Terengganu, P-36 adalah kerusi parlimen milik BN, pakatan cuba menukar hakmilik kerusi tersebut agar menjadi milik Pakatan Rakyat, dan ya penulis amat optimis ini akan berlaku. Keyakinan ini diilhami oleh beberapa faktor yang tampak secara jelas dan nyata. PAS mendapat sokongan padu rakyat tempatan, termasuk pengundi bukan melayu. Perkembangan ini adalah sesuatu yang menarik dan sedikit janggal memandangkan media arus perdana sibuk mencanangkan bibik-bibik perpecahan di antara PAS dan DAP yang berpunca dari isu Hudud. Kedua-dua pemimpin tertinggi daripada PAS dan DAP bijak menangani soalan-soalan yang bakal membawa kepada ketegangan di kalangan kedua-dua parti dari Pakatan ini. 'Keakraban' dan kesepakatan pemimpin-pemimpin pakatan membawa sinar baru dalam kancah politik tanahair.
Berbalik kepada, Pilihanraya kecil Kuala Terrengganu, banyak pihak yang tidak berani meramalkan siapa yang bakal menghuni kerusi P36 di parlimen. Kedengaran suara ramalan 50-50 di merata-rata tempat termasuk di dalam media arus perdana. Dengan jumlah pengundi mencecah 80,000 orang dan majoritinya adalah pengundi melayu, maka memang rasional pertandingan ini adalah seimbang diantara PAS dan UMNO. Namun, calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut mempunyai banyak kelebihan berbanding lawannya Wan Farid. Antara yang menarik tentang YB wakaf mempelam ini, beliau merupakan seorang wakil rakyat yang amat peramah dan disenangi oleh penduduk, beliau memenangi kerusi Dun wakaf mempelam selama 5 penggal, suatu rekod yang sangat cemerlang. Apa lagi yang pengundi inginkan daripada seorang Ahli Parlimen yang membawa suara rakyat ke Parlimen selain rekod kepimpinan dan peribadi yang baik.
Rata-rata pengundi khususnya dan rakyat amnya sudah muak dengan isu pembangunan dan propoganda mengenai keretakan Paktan Rakyat yang dibawa oleh BN. Perasaan tidak puas hati dan seperti diperbodohkan membuak-buak dikalangan rakyat, kepercayaan yang hilang terhadap kepimpinan sekarang perlu diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih konkrit, keputusan P-36 mungkin mempunyai jawapan yang tepat.
Sekali lagi penulis amat optimis PAS bakal menang, kalau tak menang kecil, menang besar. Walaupun majoriti tidak sehebat P-44, namun P-36 tetap menjanjikan angin perubahan dalam lanskap politik negara Malaysia yang 'berdemokrasi' dan 'berpelembagaan'.
3 comments:
yang penting tetap mengusung kebenaran dan membela KEADILAN hingga lahir KESEJAHTERAAN bagi rakyat...ALlahu Akbar!
fidos..sokong abis ye..!!
kemana aza cik..? selamat rabiul awal. momen maniz tuk muhasabah diri..
Post a Comment