Tuesday, October 9, 2007

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hari lebaran diucapkan buat semua blogger di serata planet yang digelar bumi ini...

Syawal Menjelang....

Hari ini, genap 27 hari kita, umat Islam sedunia berpuasa, menahan lapar, dahaga dan segala perbuatan yang membatalkan puasa... lebih berkat rasanya jika kita peruntukan sebahagian malam kita, untuk bermuhasabah, merenung kembali apa yang kita telah lakukan sepanjang bulan yang suci ini, adakah amal ibdah kita mencukupi, adakah kita berada dilandasan yang tepat untuk medapat keredhaan dan barakah ALLAH, jika kita menghayati erti ramadhan nikmat dan rahmat yang diturunkan Allah sepanjang bulan ini, hati kecil kita pasti berbicara, amalanku belum satu per sepuluh pun dari yang sepatutnya. Terlalu kerdil segala amalanku berbanding ganjaran yang dikurniakan, terlalu lemah aku mengerjakan amal ibadah, tidur merajai separuh malam-malam ramadhanku, dikesempatan yang tinggal ini, biarlah kita kusyukkan segala amalan kita, kita peruntukan seluruh malam-malam kita hanya untukNya, hanya untuk beribadah padaNya, hanya untuk memujiNya, hanya menyembahNya, Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman.

Hos Web Site Anda Secara Percuma sekarang.

Free Website Hosting