Saturday, December 20, 2008

Masa Ini Bukan Milik Kita.

Alam berputar, waktu berdetik, masa berlalu, hari berubah, namun aku tetap aku yang lama, tetap disini di tempat yang kita gelar 'Dunia'.

Sudah hampir setahun kita di 'tahun baru' 2008, sebegitu pantas masa berlari dan kini kita kembali ke garis permulaan sebuah lagi 'tahun baru' 2009. Bak biasa azam, perancangan dan semua yang berkaitan dengan perjalanan kehidupan akan dibentang dan dikarang sebegitu teliti seolah merancang apa yang akan terjadi, tapi ayat pujangga turut menyokong segala perancangan ini, "Manusia yang gagal merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal', sebagi manusia jua, kita merancang, tetapi hanya Perancangan yang Maha Pencipta jualah yang paling sempurna.

Mukadimah penulis kali ini seperti sedikit mengelirukan, perlu merancang atau tawakal saja pada Perancangan yang Maha Mengetahui? dan jawapannya juga amat mudah, kita merancang, kita berusaha, kita berdoa dan kita bertawakal, hanya Yang Maha Esa Berhak menentukan apa yang sudah dan bakal terjadi. Mudah bukan? Sekadar teori ya amat mudah, namun pengaplikasiannya tak semudah menulis dalam diari atau planner tahunan yang diisi kala tahun baru menyinsing. Penulis juga tidak ketinggalan 'mengisi' diari, sekadar mencoret segala yang dihasrat dan dihajati, namun disini aku terus disini. Seperti lazim sesiapa yang menulis 'azam', cliche dengan jawapan 'ya ada yang terlaksana ada yang tidak', mungkin penulis juga hanya dapat memberi jawapan 'cliche' itu. Kerana kita sekadar manusia biasa, bukan siapa-siapa, apa kudrat kita menentukan apa yang bakal terlaksana? Apa hak kita memilih apa yang kita kehendaki terjadi? Maka penulis memilih untuk bersyukur dengan segala yang ada dan berusaha untuk mencapai apa yang belum ada.

Secara peribadi, penulis tidak akan lagi membuat sebarang perancangan atau azam pada 'tahun baru', mengapa perlu menanti tahun baru, mengapa tidak setiap 'hari baru'? Perancangan untuk satu tempoh yang belum tentu kita lalui, 365 hari dirancang dalam 1 hari? kedengaran janggal bagi penulis. Tempoh 24 jam pun belum tentu kita lalui sepenuhnya. Kita tidur malam ini, esok pagi? hanya Kuasa Illahi, ada atau tiada.

Penulis akan terus merancang, akan terus berazam, tetapi tidak lagi mengikut kalendar masihi, sebaliknya mengikut naluri alam, mengikut Sunnah Illahi, siang berganti malam, bumi berputar di atas paksi,merancang dikala permulaan hari, berusaha memenuhi perancangan dalam melaksanakannya di sepanjang hari dan menilai pelaksanaanya di dinihari.

Kalau diizinkan untuk terus meminjam UdaraNya dan terus berjalan di BumiNya, maka penulis akan terus mencari, mencari apa yang dicari tanpa melupakan apa yang 'wajib' dicari.

Thursday, November 6, 2008

Obama, Antara Kejayaan dan Harapan

Kejayaan obama menjadi presiden Amerika yang ke-44 sudah diketahui dunia, malah tidak keterlalaun kalau dikatakan bahawa obama kini adalah sebuah fenomena dan namanya disebut di serata dunia, kalau mengikut statistic ringkas carian ke atas perkataan obama berada dalam senarai 10 perkataan paling dicari, ucapan kemenangan obama dalam youtube ditonton melebihi 152,000 kali dalam masa 2 hari sahaja, laman web yang menulis tentang obama melebihi 308,000,000 dalam enjin carian google malah melebihi 1 billion dalam enjin carian yahoo. Tapi mengapa, mengapa semua orang tidak kira kaum, bangsa, bahasa dan agama begitu mengambil berat mengenai bakal presiden ke-44..? Obama bakal presiden US bukan perdana menteri Malaysia, beliau tiada apa-apa hubungan dengan kita, tapi dengan jiran kita indonesia mungkin ada sejarahnya. Penulis ingin berkongsi pandangan mengenai kejayaan obama melalui perspektif dan pandangan penulis sendiri. Penulis tidak mahu melihat kemenangan obama sebagai kemenangan beliau menjadi presiden Amerika yang ke-44, tetapi lebih jauh dari itu.

Barack Obama, membuktikan pada dunia, kita masih ada harapan, percayalah pada mimpi, kerana hanya dengan memasang impian kita bakal menemukan kejayaan. Siapa pernah percaya orang kulit hitam boleh menjadi pemimpin kepada negara kuasa besar dunia. Obama melakukan untuk kita semua, obama menyemai keyakinanan pada kita semua, bahawa jika kita usaha, tiada apa yang mustahil. Dengan perwatakan yang begitu sederhana, obama menjadi pemimpin kesayangan Amerika. Penulis begitu tertarik dengan sikap rakyat Amerika yang begitu cintakan perpaduan, mereka meraih kejayaan 'si kurus berkulit hitam' bersama-sama, masih ada kasih yang mekar di hati kita, masakan tidak berbillion penduduk dunia meraihkan kemenangan obama tanpa mengirau kaum, bangsa dan agama, kemenangan ini lebih dari kemenangan politik, bagi penulis ia menjangkaui politik semata-mata, kemenangan penduduk dunia yang cintakan keamanan untuk saling bersatu hati. Mungkin sebelum ini kita tidak pernah terbayang, seorang pemimpin kulit hitam yang kerdil, diangkat seluruh dunia dan diterima bak wira. Sekarang masa kita berubah, sekarang masa kita bersatu, sekarang masa kita menuju ke arah masa depan yang gemilang. Yes we can, keyakinan yang tak pernah pudar, yes we can.

Keyakinan obama terserlah dalam ucapan perdana kemenangannya, beliau begitu komited terhadap masa depan Amerika, sekaligus menjamin masa depan dunia yang lebih gemilang walaupun dalam keadaan krisis ekonomi paling dahsyat melanda dunia. Keyakinan ini yang perlu kita tanam, jangan pernah putus asa, jangan pernah menoleh kebelakang, kita hanya ada satu jalan, iaitu jalan ke depan, jalan ke arah kejayaan, jika kita gagal, sebenarnya itu bukanlah kegagalan cuma satu lagi langkah yang tidak betul untuk menemui kejayaan, maka kita terus melangkah dalam mencari kejayaan, terus melangkah, tanpa pernah jemu. Setiap langkah kita semai denga Doa, setiap langkah kita tanam dengan tekad dan usaha, InsyaAllah, kita akan mendapat RedhaNya, kita akan diberi kemenangan olehNya, kita aka peroleh kejayaan daripadaNya.

Kemenangan Obama adalah kemenangan untuk semua, Yes We Can.

Tuesday, October 14, 2008

Lahirnya Seorang Jutawan

Anda mahu jadi Jutawan? Macam mudah sahaja bunyi soalan itu, tapi bukan semua orang ada keberanian untuk menjawab, ya saya mahu jadi jutawan, ya saya berhasrat menjadi jutawan, ya saya pasti akan jadi jutawan. Tapi nanti dulu, tak semudah itu untuk bergelar jutawan. Dalam negara kita sendiri pun belum ada ramai pemilik kata ganti nama 'Jutawan'. Kerana 'Jutawan' bukan sesuai untuk semua orang, dan bukan semua orang boleh menjadi jutawan. Berangan? tidak jugak, kalau hendak menjadi jutawan maka kenalah ada kriteria seorang jutawan, kena ada minda seorang jutawan, kena ada karisma seorang jutawan.

Mungkin ramai yang beranggapan, artikel penulis mengenai jutawan sebelum ini bersangkutan dengan pelbagai kaedah menjadi jutawan segera yang tersebas luar dan merebak seperti barah di Malaysia, bagi 'bakal-bakal jutawan segera' ini, apa kata anda lupakan sahaja niat anda, kerana tanpa usaha, tiada siapa akan berjaya, ini bukan kata penulis, tetapi ini ajaran Agama. Islam mengariskan dan memberi panduan dalam segenap cabang kehidupan, dari sekecil-kecil tertib makan hingga sebesar perhitungan di Masyar. Dalam Islam tiada istilah kejayaan tanpa Usaha.

Tiada seorang jutawan malah billionaire di dunia ini terlahir dengan cuma-cuma, jika anda pernah membuat kajian, anda akan dapati pola pemikiran dan cara jutawan ada keseragaman. Di sini bukan tahap pendidikan yang menjadi keutamaan, tetapi tahap kecerdasan dan pemikiran yang di luar kotak menjadi kunci kejayaan jutawan-jutawan ini. Istilah Inggeris untuk kaedah ini di sebut 'think out of the box' atau lebih mudah di sebut 'kreativiti'. Seseorang itu tidak perlu menjadi genius untuk berfikir secara kreatif, apa yang perlu difokus hanyalah ruang dan peluang. Tanya kepada diri sendiri, bagaimana untuk memulakan suatu perniagaan yang belum pernah ada orang jalankan tetapi dalam masa yang sama mempunyai perminataan yang tinggi. Kalau skim cepat kaya itu, dulu pak man telo dah lama buat, jadi lupakan sahaja 'perniagaan' itu, kerana adalah menjadi satu kesalahan jenayah bagi seseorang individu atau sesebuah syarikat untuk menerima deposit dalam bentuk simpanan daripada mana-mana pihak tanpa mempunyai kelulusan bank negara.

Pakar motivasi mengariskan, untuk mendapatkan idea-idea yang hebat dan bernas, catitkan segala perkara yang terlintas di kepala kita pada bila-bila masa di dalam buku nota, walaupun zaman sekarang telah jauh maju, tetapi buku nota perlu menjadi teman sejati, kerana kita tidak tahu bila otak kita akan menjana idea yang boleh menjadikan kita selayaknya digelar seorang jutawan. Keadaan sekeliling banyak mempengaruhi cara otak kita berfikir dan bertindak, sebagai contoh, mungkin setelah melihat seorang penjual menjual bunga orkid di tepi jalan, terlintas di fikiran anda untuk membuka sebuah ladang pengkulturan orkid yang dapat menghasilkan pelbagai variasi orkid yang mengkagumkan. Terus mencatit apa-apa sahaja idea yang difikirkan dapat menjana pendapatan. Bukan cabang perniagaan sahaja yang boleh diterokai untuk menjana pendapatan, cuba anda fikirakan kaedah lain, warren buffet? apa kata anda? Jika anda seorang yang berani mengambil risiko, pelaburan mungkin menjadi pilihan anda, tetapi anda perlu berguru dengan sifo seperti buffet sebelum turun ke medan pelaburan yang penuh dengan ketidaktentuan.

Setelah anda berpuas hati dengan senarai idea-idea bernas anda, tibalah masanya untuk membuat penapisan. Proses penapisan idea ini amat penting kerana di sini anda akan tentukan hala tujuan anda untuk bergelar jutawan, penulis mengunakan perkataan jutawan berbanding usahawan kerana, 'Jutawan' itu sendiri telah menetapkan matlamat anda untuk menjadi seorang usahawan yang hebat dan berjaya. Pemilihan idea yang terbaik bergantung kepada banyak faktor termasuk, kewangan, keadaan sekeliling, permintaan, keupayaan, kefahaman dan yang paling penting bergantung kepada diri anda sendiri, sama ada anda sanggup untuk mengusahakannya atau sekadar mencoret seribu idea untuk memenuhkan buku nota anda.

Dengan berpaksikan idea terbaik yang dipilih, mulakan langkah untuk bergelar jutawan. Diingatkan sekali lagi bukan semua perniagaan memerlukan modal yang besar, Dr. Irfan yang bergelar Jutawan sekarang bermula dengan beberapa ribu sahaja, itupun sekadar kos laptop peribadinya dan kos hosting laman web perniagaan onlinenya. Mungkin ramai yang berkata, sekarang perniagaan online sudah banyak, atau mungkin ada yang berpendapat Dr. Irfan berjaya kerana latar belakang pendidikannya, pemikiran negatif sebegini sebenarnya adalah jawapan kenapa ramai daripada kita tidak pernah mencapai apa yang Dr. Irfan capai sekarang. Kalau dulu idea itu adalah baru, dan sekarang sudah ramai yang menggunakannya, kenapa tidak kita mencuba idea yang lebih baru, yang belum orang terokai. Kehebatan minda manusia berfikir tiada had sempadannya kerana ia adalah kurniaan daripada Maha Pencipta. Usaha ke arah merealisasikan idea-idea yang dilakar dalam minda perlu diteruskan tanpa berlengah. Kerana melengah-lengahkan sesuatu perkara membunuh hasrat untuk meneruskan perkara tersebut sedikit demi sedikit, sampai suatu masa, perkara itu dibiarkan mati begitu saja. Ini penyakit yang perlu diatasi dengan bersegera dalam meneruskan setiap hasrat yang baik.

Setelah usaha yang sepatutnya dicurah ke arah merelisasikan idea yang dipilih, doa dan tawakal melengkapkan kitaran pembentukan seorang Jutawan. Menjadi Jutawan bukan magis, kita hanya hamba Allah, kita bukan siapa-siapa, tak semestinya kita perolehi segala apa yang dihajati, Hak Allah jualah menentukan apa yang terbaik untuk kita. Jika kita gagal setelah usaha, doa dan tawakal, percayalah Allah menyimpan sesuatu yang lebih baik dan berharga untuk kita, dengan itu teruskan usaha. Jika satu idea tidak berjaya, apa guna kita menyenaraikan berpuluh-puluh idea yang dikira bernas, kita teruskan dengan dengan idea yang kedua terbaik atau sebenarnya idea yang lebih baik daripada idea yang membawa kepada kegagalan sebelumnya. Hampir semua orang yang berjaya dalam hidup pasti menemui perkataan kegagalan dalam diari hidup mereka, kerana kegagalan mengajar cara yang betul untuk berjaya.

Lebih separuh daripada orang-orang terkaya di dunia sekarang bukan dilahirkan sebagai seorang jutawan, malah ada yang dilahirkan sangat miskin, sehingga mereka sendiri yang membentuk masa depan yang gemilang. Dengan perancangan yang baik dan niat yang betul, InsyaAllah menjadi Jutawan bukan lagi perkara mustahil. Penulis tinggalkan pembaca dengan serangkap ayat oleh pakar motivasi, "Seseorang yang gagal merancang sebenarnya sedang merancang untuk gagal", bersama kita ambil iktibar dan teruskan dengan usaha.

Tuesday, October 7, 2008

Apa kata Jutawan

Penulis amat berminat dengan hasil tulisan dan idea-idea jutawan muda negara kita, Dr Irfan Khairi, Penulis selalu mengunjungi blog beliau dan sering membaca buku-buku hasil nukilan beliau. Beliau merupakan salah seorang idola penulis. Kalau nak bercerita mengenai Dr Irfan rasanya ramai daripada para pembaca amat mengenali beliau. Beliau kini mempunyai program radio sendiri, beliau juga merupakan columnist dalam majalah maskulin disamping pensyarah dalam kursus-kursus anjuran syarikat beliau sendiri. Bagaimana beliau menjadi jutawan dalam usia tak mencecah 30 tahun ?? Apa kata anda sendiri yang mencari biography idola penulis ini.

Disini penulis ingin berkongsi beberapa pendapat beliau yang merupakan asas dalam pembentukan seorang jutawan dalam kata lain cara-cara nak jadi jutawan. Ya, mungkin perkataan jutawan tidak sesuai untuk semua, mungkin keinginan menjadi jutawan ini sekadar angan kosong bagi sesetengah orang, tapi bagi mereka yang optimistik dalam kehidupan, menjadi jutawan adalah misi dalam hidup mereka.

Dr. Irfan pernah menulis, untuk menjadi seorang jutawan seorang itu perlu mempunyai minda jutawan. Jutawan tidak berfikir seperti orang kebanyakan berfikir. Seseorang itu tidak memerlukan duit yang banyak atau modal yang besar untuk mengusahakan perniagaan sendiri, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri, kreativiti, ilmu, usaha besertakan doa, kita boleh memulakan perniagaan tanpa menggunakan wang.

Jutawan selalu berfikir bagaimana untuk menghasilkan pulangan atau pendapatan yang berulang-ulang tetapi hanya dengan sekali berkerja, ini minda jutawan. Banyak perkerjaan yang boleh dilakukan untuk menghasilkan pendapatan tanpa henti dan tanpa had, mengalir masuk. Cuba kita buka pemikiran kita dan sama-sama berfikir bagaimana perkara ini boleh dilakukan.

Pelaburan terbaik yang pernah disyorkan oleh Dr. Irfan adalah melabur pada diri sendiri, iaitu dengan membuat pelaburan pada ilmu. Beliau mencadangkan agar 3% daripada jumlah pendapatan kita dilaburkan pada ilmu. Dengan cara ini, setiap bulan, ilmu kita mengenai bidang yang hendak diterokai akan bertambah dari semasa ke semasa, dan sampai suatu saat nanti kita akan menjadi pakar dalam bidang yang kita ceburi. Dengan melabur pada ilmu, fikiran, idea dan teknik kita dalam sesuatu bidang itu akan lebih meluas sekaligus membuka peluang untuk kita berjaya dan memperolehi pulangan yang lumayan dalam bidang yang kita ceburi.

3 cara mencari ilmu yang digariskan Dr. Irfan, yang pertama sudah pasti melalui buku, buku dan buku, ya anda mempunyai potensi yang lebih besar untuk menjadi jutawan jika anda seorang ulat buku, kedua dengan bertanyakan pada mereka yang pakar dalam sesuatu bidang yang hendak kita terokai, dengan itu secara tidak langsung kita akan belajar melalui pengalaman seorang pakar, dan yang terakhir adalah dengan menghadiri kursus dan seminar untuk menambah ilmu kita secara teori dan juga praktikal dalam sesuatu bidang.

Penulis memegang prinsip, kalau mereka boleh, mengapa kita tidak..? Semuanya tidak mustahil di dunia ini selagi ada usaha dan setelah itu tawakal pada yang Maha Esa.
Tapi perkara paling penting ialah ilmu, ilmu dan maka untuk mendapatkan ilmu itu Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Monday, September 29, 2008

Salam Lebaran



Selamat Hari Raya AidilFitri...

Maaf zahir & batin...

Coretan Dinahari Malamku

Jam di dinding rumahku menunjukkan detik 3.45 pagi... haaa.. pagi..?? ya betul pagi.. Mataku seolah begitu degil untuk lelap, aku coba dan mencoba, namun hampa yang ketemui, apasal aku tak dapat tidur ni..?? ah... mungkin ini semua angkara kafein yang ku teguk bersama secawan nescafe tengah malam tadi. Bermacam-macam perkara bermain dalam fikiranku..mana satu yang nak ku layan...?? aku semakin buntu..waktu terus berlalu, kejap lagi nak kena bangun sahur.. otakku semakin ligat berfikir, berfikir apa, aku sendiri pun tak berapa pasti, aku malas nak pujuk mataku untuk terus tidur, lantas.... aku bangun dan membuka laptop ku... teringin benar aku nak coretkan sesuatu, memandangkan fikiranku sekarang ini seperti -pening lalat, aku mengambil keputusan untuk tidak menulis sesuatu yang berat, buat semak otak ku saja, maka aku pun mencoret la apa yang ku panggil, 'coretan dinahari malamku...'

Semakin ku coba menghurai anganku, semakin ku buntu mencari simpulnya, aku tidak pasti apa yang aku mahu, aku tidak tahu apa yang aku perlu. Sinar purnama jauh dari menyinari malam kelamku, semakin kelam dengan fikiranku yang melayang. Aku mencari... terus mencari.. erti kehidupan ini, aku menerbangkan jauh, melayangkan hati ini, untuk mencari apa yang ku cari.

Ku temui, hidup hanya sebuah persinggahan, persinggahan dari sebuah perjalanan yang panjang, aku hidup untuk siapa..?? aku mati untuk siapa...?? hidup dan matiku hanya untuk Tuhanku. Akan ku tempuhi kehidupan ini sepertimana yang diperintahkan Tuhanku, ku berjanji hanya untuk Tuhanku. Arus kehidupan yang ketempuhi,menjadi sebahagian dari ceritera yang panjang dan berliku, ceritera yang dimulakan di Luh Mahfuz, cerita ini akan terus ku jalani, demi untuk sebuah kesudahan yang Abadi, kesudahan yang dijanjikan Tuhanku.

Malam dan siang yang silih berganti, menyimpan seribu rahsia yang belum terungkai, mengapa aku terus leka dan lalai..?? Tidakkah Tuhan telah berjanji, mati itu pasti, barzakh itu pasti, kiamat itu pasti, akhirat itu pasti. Apa lagi yang aku cari..?? Langit kelam seolah menutup lemah segala dosa yang ku lakukan selama ini, aku berdoa pada Tuhanku, Ya Allah Ampunkan lah hambaMu ini.

Esok, belum pasti, dapatkah aku terus meminjam udaraNya, dapatkah aku menumpang dibumiNya yang luas ini, dapatkah aku menikmati keindahan Alam CiptaanNya ya Rabbi. Aku berjanji, ku berjanji pada TuhanKu, aku akan menjadi hambaNya, menjadi Hamba yang menurut PerintahNya, menjauhi segala LaranganNya.

Monday, September 22, 2008

Upin dan Ipin : Setahun Kemudian

Hari berganti hari, peminat upin dan ipin semakin bertambah secara mendadak, perkembangan yang positif ini memperlihatkan prospektif yang cerah dalam bidang animasi 3D di negara kita, dengan adanya sokongan pelbagai lapisan maysarakat sudah tentu akan menyemarakkan lagi semangat animator-animator anak bangsa kita untuk terus mencurahkan kreativiti mereka untuk menghiburkan kita. Tak dinafikan upin dan ipin perintis kepada perkembangan animasi 3D di negara ini. Technology yang dulunya, kita hanya penonton, tetapi kini kita sudah ada anak bangsa kita sebagai pemainnya.

Untuk tidak menghampakan peminat-peminat Upin dan Ipin yang tidak dapat menonton siri ini di TV9, Les Copaque Production membangunankan laman web rasmi untuk siri ini. Anda boleh menyaksikan keseluruhan siri animasi ini di Upin & Ipin .Di sini, peminat dapat mendownload wallpaper, ringtones dan avatars Upin dan Ipin sebagai koleksi.




Firazzurri membawakan beberapa episode Upin dan Ipin pilihan FiZurri untuk tontonan bersama.

Upin & Ipin : Esok Puasa


Upin & Ipin : Nikmat


Upin & Ipin : Adat



Bagi yang berminat, jangan ketinggalan untuk memberi sokongan dengan membeli DVD siri ini yang orginal, sokongan kewangan amat diperlukan bagi menampung kos-kos pembikinan siri ini yang menelan belanja jutaan ringgit, kos yang tinggi ini disebabkan animasi 3D adalah sesuatu yang baru di negara kita dan memerlukan peralatan dan perisian yang terkini. Anda boleh dapatkan DVD siri ini dengan harga yang menarik berserta dengan pelbagai koleksi barangan Upin dan Ipin di World Of Geng

FirAzzurri akan terus menulis mengenai perkembangan animasi 3D khususnya kelahiran film animasi 3D pertama negara Geng-The Adventure Begins di artikel-artikel yang mendatang. Individu-individu yang memainkan peranan utama di sebalik tabir pembikinan film animasi ini akan di singkap.Nantikan....

Thursday, September 18, 2008

Upin Dan Ipin

Kali ni Firazzurri nak ajaq semua pembaca lupakan seketika pertelagahan antara 'kuasa-kuasa besar' di negara kita.. biaq pi kat depa... kita lupakan sat.. kita layan cerita kat bawah ni...hehehe...;-)




memang best beb citer ni.. layaaaannnnnn...!!!

Thursday, September 11, 2008

Hidup Hanya Sementara

FirAzzurri kembali membawakan sebuah lagi lagu daripada Album Religi Terbaru Ungu, Aku dan Tuhanku sempena Ramadhan 1429 Hijrah berjudul Hidup Hanya Sementara.




Hidup Hanya Sementara

Mungkinkah kita hidup untuk selamanya
Mungkinkah kita mati membawa harta
Mungkinkah kita 'kan jadi penghuni surga
Ataukah kita kekal didalam neraka

Hidup kita bukanlah akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepada-Nya

Reff:
Bergegaslah siapkanlah semua
Waktu kita tinggal sebentar saja
Bergegaslah perbanyak amal ibadah
Hidup di dunia hanyalah sementara

Ketahuilah selama kita hidup didunia
Kerjakanlah segala perintahnya jauhilah larangannya

Mengertilah malaikat tlah datang menjemput kita
Takkan ada lagi kesempatan 'tuk mengucap kata taubat

Back to Reff:

Bergegaslah
Bertaubatlah
Bergegaslah
Bertaubatlah.. wahai manusia


Sebuah lagu yang berunsur ketuhanan yang ringan tetapi membawa maksud yang agak berat tentang pengertian kita dilahirkan sebagai manusia ke dunia, tiada lain selain beribadah padaNYA, kerana PadaNYA jua lah kita kembali. Melodi yang rancak diadun dengan lirik yang menarik membuatkan lagu ini menjadi lagu favrote FirAzzurri untuk bulan puasa ini ;-)

Sunday, September 7, 2008

Dengan NafasMu

Single terbaru "Dengan NafasMu" yang terkandung dalam "Aku Dan Tuhanku" Album Religi (Keagamaan) terbaru daripada band Ungu sempena bulan Ramadhan 1429 ini.




[*]
Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

[**]
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku

[***]
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu

Ulang [*][**][***]


Bersama kita hayati liriknya yang mempunyai maksud yang jelas... sesungguhnya setiap kehidupan itu akan menemui kematian dan kembali kepada Yang Maha Mencipta, sementara kita masih diberi kesempatan untuk menghemus udaraNya, jalankan tanggungjawab kita sebagai Hamba yang bertaqwa.

Friday, September 5, 2008

Kasih Iftitah

Lepas terawikh semalam, penulis berehat-rehat di ruang tamu, sambil menonton tv. Pukul 10.30 mlm, TV3, dalam slot Samarinda bermula Drama 'Kasih Iftitah'. Sebelum ni penulis tidak berapa mengikuti slot samarinda ini keran plot ceritanya yang kurang menarik dan terlampau 'korporat' seolah-olah malaysia ramai warga korporat tetapi hakikatnya sebaliknya. Tetapi drama 'kasih iftitah' ni berjaya menambat hati penulis untuk terus menonton.

Dramanya masih berlegar dalam konteks dunia koporat tetapi ada kelaianan dalam jalan ceritanya, dan kelainan itu bagi penulis amat menarik ditonton oleh semua lapisan tidak kira mereka yang secara langsung berada dalam lingkungan dunia korporat mahupun masyarakat kebanyakan. Cerita mengisahkan mengenai sebuah Syarikat Korporat, Iftitah Berhad, yang menjalankan pernigaan makanan halal. Malangnya kebanyakkan kakitangan dan pengurusan tertinggi syarikat tersebut tidak mencerminkan kehidupan seorang Muslim. Ceritanya bermula apabila seorang anak muda yang jugak merupakan anak kepada pemegang saham terbesar syarikat tersebut mula berkhidmat sebagai salah seorang pengurusan tertinggi syarikat. Beliau berhasrat untuk mengubah landskap perjalanan syarikat tersebut ke arah Islam.

Penulis tertarik dengan sebaris skirp yang dilafaz oleh watak utamanya, azrai yang dibawa oleh Rusdi Ramli. "Saya ni bukannlah orang yang bercita-cita besar, tetapi cukuplah apabila semua orang dalam syarikat ni menjalankan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang terkandung dalam doa Iftitah". Ayat ini mempunyai makna yang sangat mendalam dan berkesan dalam pembentukkan kerohanian manusia yang di cipta oleh yang Maha Pencipta.

Makna Doa Iftitah "Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi, Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam."'

Jika kita hayati betul-betul makna dalam bacaan Doa Iftitah ini makan segala jawapan kepada persoalan dalam dunia ini pasti terungkai, kita akan temui tujuan kita dihidupkan oleh Allah. Kehidupan yang kita lalui ini hanya sementara dan kita diutuskan hanya untuk beribadah pada Allah S.W.T. Konsep Ibadah itu sendiri amat luas pengertiannya, iaitu dengan menjalankan segala perintah Allah dan sunnah sepertimana yang dijalankan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Berbalik kepada drama 'kasih iftitah' yang baru masuk episod ke-5, drama ini mempunyai mesej yang jelas dan di olah dengan menarik oleh penulis skrip untuk mengambarkan suasana kehidupan masyarakat semasa yang jauh terpesong. Walaupun mesejnya kelihatan seperti berat namun ianya digarap dengan baik untuk mereflek kehidupan seharian yang sebenar. Penulis menyarankan dan mengajak semua pembaca yang mempunyai sedikit kelapangan untuk bersama-sama menonton drama ini yang pasti membawa perubahan positif dalam cara hidup kita. Penulis pun tak sabar untuk menyaksikan episod-episod yang berikutnya.

Tuesday, September 2, 2008

Marhaban Ya Ramadhan.

Ramadhan bersua lagi, Alhamdullillah kita diberi kesempatan untuk setahun lagi merasai nikmatnya Ramadhan, merasai segala limpahan Rahmat Allah S.W.T yang tidak putus-putus mencucuri hambaNYA yang bertaqwa. Tenang sekali perasaan ni, seolah kita memasuki suatu zon pensucian, menyucikan diri dari segala macam 'kekotoran' yang mebelenggu. Tapi apakah erti Ramadhan tanpa pengisian. Pintu taubat dibuka seluas-luasnya sepanjang bulan ini, maka rugilah bagi mereka-mereka yang tidak merebut peluang ini, peluang mendapat Magfirah daripada Yang Maha Mencipta.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda
: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka.

Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi.

Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.

Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Apa kata, dalam kesempatan bulan yang mulia ini, kita lupakan segala sengketa, kita padamkan segala permusuhan, kita hapuskan segala perbedaan, kita rapatkan saf, kita bina permuafakatan, kita eratkan silaturahim, semoga kita medapat RedhaNYA dan sentiasa di dalam lingkungan RahmatNYA.

p/s .. selamat berpuasa buat, semua sahabat bloggers, dan pembaca yang saya kasihi, special credits to NurAflah.

Wednesday, August 27, 2008

Raikan Kemenangan...

Assalamualaikum kawan-kawan... arini.. saat ni aku terlintas untuk menjadi diri aku sendiri, tak mau lagi guna kata nama penganti 'penulis' biaq aku jadi orang penang, loghat penang. Apa-apa pun aku kena mintak maaf banyak2 la kat hampa semua sebab tak dapat bagi live information kat hampa semua, aku dapat tau gak tv-tv kat dalam tv hampa takda satu pun yang umum brita kemenangan besaq-besaqran Dato Seri Anwar. Kesian kat hampa semua, sori kawan2.Aku dok seronok sangat raikan kemenangan sampai tak ingat pasai blog aku daa...

Aku sampai kat permatang pauh pun dah petang, sebab memang aku pi pun nak dengaq pengumuman. Sampai2 sana aku teruih pi kampung membe baik aku, kampung pelet, kat sana depa dok kalut kira undi, keputusan kampung tu semacam suntuk semangat kat semua orang pakatan, pakatan menang besaq ngan majoriti lebih 2/3. Aku sampai2 sana, yang aku tengok semua geng-geng pakatan, geng biru aku pun tak tau pi mana. lari balik rumah kot. Lepas selesai kira undi kat kampung pelet, kami semua geng pakatan escot kereta polis dengan kereta-kereta yang bawak peti undi menuju ke Institiut Tengku Bainun, tempat penjumlahan undi, aku ulang, bukan polis escot kami, kami escot polis, sebabnya? sebab kami takut peti undu tu 'tak selamat', biasala kita bukan tak kenai 'spr' tu. Semua keta-keta yang masuk pusat mengundi kami check, takut2 ada 'kertas undi sesat'. Sampai kat tengku bainun, peti undi dibawa masuk ke dalam dewan, kami nak masuk polis larang, kami tunjuk pas, dia kata tak boleh, bila tanya apasai tak boleh, dia kata nak masuk dewan penjumlahan kena guna pas lain, hampeh, sebab tak mau ada yang kurang enak berlaku kami pun akur, kami blah, menuju ke padang, padang yang hampa semua tengok masa penamaan calon tempoh hari. tapi semalam keadaan nya berubah, berubah sangat, sebabnya..?? sebab takda satu pun bendera 'timbang' kat situ, aku ulang, takda satu pun, aku tak lah terkejut sangat, sebab memang kalau diorang turun pun jumlah pakatan lebih 20-30 kali, yang pati seawal jam 6 petang bn dah tau diorang kalah, kalah teruk beb.

Penuh sesak padang tu dengan geng-geng pakatan, memang meriah, jom heboh pun kalah. Dalam jangkaan aku ada la dalam 50 ribu orang kot. Tu baru pukul 7. Hari pun semakin melabuh kan tirainya, senja berganti malam, maka sibuk lah tukang umum tu dok umum keputusan-keputusan peti2 undi sekitar permatang pauh, lepas satu, satu, sambil disambut sorakkan gemuruh, sebabnya..?? sebabnya sepanjang yang tukang umum tu umum, takda satu peti tu pun Anwar kalah, takda satu pun. Ada peti undi yang majoritinya 9/10, bayang kan ada peti undi Dato seri dapat 1,100, arif dapat 100 je, tak ke hampeh namanya tu. Kami sampai naik lenguh bertepuk tangah, sambil melaungkan TAKBIR, celah-celah tu ada plak yang sorak.. MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA.. aku soal dalam hati, harini 30 ogos ka..?? apa-apa pun aku pun ikut sorak la merdeka, kan esok Anwar nak 'memerdekakan' negara kita ni. Bertimbun-timbun sms masuk mintak keputusan rasmi, kesian kat membe2 aku, dok la tunggu keputsan dalam tv, tak keluaq2, ya la kalah teruk, takkan nak tunjuk live. Aku pun dengan senang hati sambil bersiul dengan gaya yang selamba membalas sms tersebut dengan berita gembira, tapi sampai pukul 9.00 mlm tu pun belum ada jumlah rasmi, kami congak2 la sendiri, aku anggar 16,000 lebih. Yang musykilnya apa yang diorang buat dalam dewan penjumlahan tu lama2, sampai 9.30 tak habis kira lagi. Kami pun tunggu la dengan hati yang girang, sambil tukaq crita dengan membe2 seluruh malaysia yang berkampung dipermatang pauh sepanjang 10 hari, kirannya hari tu macam 'final gathering' laa, menjelang pukul 10 aku terepong sekitar padang, memang tak nampak padang dah, nampak orang ja, dari padang sampai tengah jalan orang berkumpul, yang pasti 'orang kita'.

Dekat-dekat pukul 10.10malam, maka muncul la wajah hero kesayangan kita kat skrin besaq, tukang umum pun dengan penuh bergaya meminta 'calon-calon yang bertanding sila naik ke pentas...' maka anwar pun naik la ke atas pentas, semua orang musykil jap, eh, takkan anwar je yang bertanding, yang lainnya di mana..?? pastu tukang umum tu bersuara lagi... 'wakil calon kalau ada naik jugak', pastu sorang wakli calon bn pun naik la dengan muka yang penuh hiba. Tukang umum dengan nada yang jelas mengumukan Akim.. 92 undi, maka ramai jugak lah yang bertepuk tangan, perli la tuuuu, pastu Calon PKR Dato Seri Anwar Ibrahim, 31,195 undi, maka gamat lah Institut tenku bainun, bergegak gempita dengan kemeriahan rakyat yang berjuang Iklhas demi sebuah kebenaran, calon BN, arif shah omar, 15,524 undi, majoriti 15,671. Peratus keluar mengungi 80%. Menarik, memang menarik, keputusan melebihi sasaran awal aku. Tapi aku kira bloggers yang membuat analisa memang handal2 belaka, aku kagum ngan korang beb, analisa korang memang hampir tepat, rasional korang jugak amat matang, dalam hal ni aku bagi credit khas buat 'girlfreind maya' aku, kak nuraflah... jap..jap.. rileks laa.. aku gurau ja, kak nur tu kan isteri orang, tapi memang aku frust la, dia dah berpunya sebelum jumpa aku... kalau jumpa aku dulu, lain skrip critanya, dah...dah.. lupakan kisah sedih aku yang penuh tragik, biar aku menanggung duka ini seorang diri. Aku sambung, tiba-tiba ja aku dengaq ada letupan berlaku, ku sangkakan ada peperangan, maka terkejut la semua rakyat jelata disitu, sekali ada lagi.. lagi dan lagi, laa rupa-rupanya percikan bunga api daa, tak plak kami semua sangka, ada plak sambutan percikan bunga api lepas pengumuman tu, macam malam ambang merdeka plak, rasa macam merdeka betul2. Lama jugak la pertunjukan bunga api tu, meraikan kemenangan untuk rakyat.

Lepas habis bunga api, aku dengan angkatan aku beransur pulang, tak sempat tunggu dato seri keluar kat padang, mana tak nya, moto parking tengah jalan buatnya terjadi perkara-perkara yang kurang elok keatas moto kawan aku macam mana aku nak balik penang, aku tumpang kawan, sebab memang sesak kalau nak masuk permatang ni. Memang sukar gak la nak meloloskan diri keluar dari padang tu, manusia yang bergelar pakatan rakyat berpusu-pusu, masa tu la aku sedar rupanya orang kat situ lagi ramai dari yang aku jangka, ramai sangat, kalau pakai kalkulator pun blum tentu boleh kira. Lepas keluaq jumpa moto maka kami pun beresar la.. lepas tu aku takyah la crita kot, kami teruskan perjalanan menjalani liku-liku kehidupan. Menanti hari esok yang lebih gemilang. Aku harap lepas ni tercapai lah... "Harapan Baru Unuk Malaysia" dengan ini aku dengan hati yang penuh ikhlas mengucapkan berbanyak terima kasih sepanjang jambatan pulau pinang buat semua bloggers dan pelayar laman blog ni, yang sudi bersama-sama dengan aku....

raikan kemenangan....


Ini cara kita raikan kemenangan...


Operasi... escot peti undi...


Peti undi di bawa masuk dengan 'selamat'


Suara rakyat... suara anda.. suara kita....


Keputusan rasmi di layar

Hero kita di layar perak...


Raikan kemenangan...

Monday, August 25, 2008

Parlimen P44 - Permatang Pauh : FirAzzurri Forecast

Kurang 24 jam dari sekarang pengundi-pengundi di kawasan parlimen permatang pauh akan mentukan nasib dan masa depan Malaysia melalui undi yang dilakukan dalam Pilihanraya kecil P44. Keputusannya nanti bakal diterjemahkan dalam skala yang lebih besar dan melibatkan perubahan dalam cara pemerintahan Malaysia. Keyakinan seluruh warga Malaysia amat tebal bahawa DSAI akan menang mudah, ini hakikat, Dato Seri Anwar bakal menang mudah dengan Majoriti besar. Soalnya disini berapakah majoriti yang akan diperolehi oleh Anwar.

Secara ringkasnya analisa bilangan pengundi di permatang pauh adalah seperti berikut, Jumlah pengundi berdaftar 58,499 pemilih termasuk 490 melalui pos. Pecahan mengikut kaum pula, Melayu 69.4 % - 40,599 diikuti bangsa Cina 24.5 % - 14,332 dan bangsa India & Lain-lain 6.1 % - 3,510. Saja bersetuju dengan pendapat beberapa orang blogger dan sahabat saya bahawa peratus yang akan keluar mengundi akan berlegar dalam lingkungan 80%, ini merupakan ramalan realistik walaupun Ketua Menteri memberi sedikit kelebihan kepada pengundi pakatan dengan mengumukan cuti umum pada 26 ogos 2008 bagi seluruh negeri Pulau Pinang. (penulis tak payah la susah-susah nak pohon cuti ye dak ;-) )

Maka dengan andaian ini, bilangan pengundi yang akan keluar membuang undi adalah sekitar 46,799. Dalam pilihanraya kecil ini banyak sentimen peribadi dan perkauman dimainkan oleh pihat 'pemerintah'. Dalam ceramah-ceramah dan kempen besar-besaran mereka yang melibatkan pengunaan media masa secara 'gerila' tiada agenda pembangunan negara, pembasmian kemiskinan mahupun sebarang tindakan membendung inflasi. Tapi bagi penulis, rakyat serta pengundi disini amat peka dan prihatin, mereka tidak secara membabi buta mendengar segala tomahan dan fitnah yang dilemparkan secara terbuka, rakyat bijak memilih dan menapis maklumat yang mereka terima. Ini rakyat kita sekarang, rakyat yang bijak, cuma ada sesetengah sahaja lagi rakyat yang masih taksub, bak kata orang pengikut yang sudah berkarat, dah tak dapat dibantu dan dipulihkan, yang mereka tahu cuma la apa yang diberitahu, apa yang diberitahu, cuma pemimpin mereka saja la yang tahu.

Dengan mengambil kira sentimen-sentimen ini, penulis dengan agak optimistic meramalkan Dato Seri Anwar akan mendapat 70% daripada jumlah undi keseluruahn iaitu sekitar 32,759, manakal Dato Ariff shah mungkin mendapat undi sekitar 25% atau lebih kurang 11,700. Penulis menjangkakan pengurangan undi yang akan diperolehi oleh pihak pemerintah berdasarkan beberapa faktor, antaranya faktor Penyokong Ustaz Pirdaus, Faktor penggunaan wang saku buat 'perisik kampung' dalam kempen Dato Ariff shah sebagaimana yang dilaporkan media, faktor ketidak senangan penduduk atas tindakan-tindakan agresif penyokong pemerintah, dan yang paling penting faktor 'kecelikkan rakyat' terhadap apa yang sedang berlaku. Kita semua tahu apa yang sedang berlaku dalam pergolakan politik tanahair, kita sudah muak, kita tidak mahu lagi keadaan ini berteruskan, kita mahukan perubahan, kita mahukan keadilan, ini yang kita mahu, keadilan, bukan penindasan dan penyelewengan. Calon AKIM..?? sekitar 2%..?? atau mungkin kurang, itu terpulang kepada 'pembuangan'(mengambil maksud buang) undi pengundi.
Baki undi dijangka undi rosak.

Melalui analisa peribadi, penulis amat optimistik Anwar akan menang besar, majoriti Anwar akan mencecah angka 14,000. Kemenangan Rakyat pasti akan merubah negara ini, perubahan kearah yang lebih baik dari keadaan yang kurang baik.

Wednesday, August 20, 2008

ISU Liwat ANWAR - SAIFUL : Formula XY

Sebelum kita menjelajah jauh mencari kebenaran dalam isu liwat anwar, penulis ingin mengutarakan beberapa pendapat mengenai isu tersebut. Bagi mencari penyelesaian kepada kes ini, penulis mengunakan pendekatan formula saintifik untuk menentukan pihak yang bersalah, dan yang tidak. Formula ini sekadar pendapat penulis untuk dihayati bersama oleh pembaca.

Sebelum memulakan pendapat saintifik, penulis berminat untuk mengajak pembaca untuk sama-sama berkongsi ilmu mengenai kromosom. Kromosom merupakan struktur molekul makro dan merupakan unit asas DNA , DNA yang terkandung dalam sel membawa informasi mengenai genetik seseorang. Kromosom pembiakan manusia terdiri daripada kromosom X dan Kromosom Y. Jantina seseorang dapat ditentukan melalui pasangan kromosom yang dibawa dalam sel mereka, iaitu bagi lelaki, pasangan kromosomnya adalah XY dan bagi jantina wanita pasangannya ialah XX. Dalam artikel kali ini, bukan kromosom yang menjadi tajuk perbincangan tetapi penulis lebih berminat kepada simbol saintifik yang diwakili kromosom-kromosom ini yang secara tidak langsung dapat dikaitkan dalam kes liwat Anwar-Saiful.

Lelaki diwakili oleh XY dan wanita XX. Penulis mengandaikan simbol-simbol ini mewakili Anwar dan Saiful. Iaitu Lelaki XY mewakili Anwar, dan Wanita XX mewakili Saiful. Bukan perwatakan yang menjadi penilaian, tetapi kesudahan kepada kes ini yang menjadi titik perbincangan disini. Jika Simbol X adalah mewakili BERSALAH dan Simbol Y mewakili BENAR. Maka Kebarangankaliannya ialah Anwar mungkin BERSALAH-BENAR dan Saiful BERSALAH-BERSALAH. Mungkin ramai pihak yang menyebelahi saiful akan melenting mengatakan pendapat ini adalah pro Anwar. Penulis akan menghuraikan rasional kepada kenyataan ini.

Isu disini ialah isu liwat, mengikut definasinya dalam kes ini, Anwar memasukkan zakarnya ke dalam dubur saiful. Liwat dalam kes ini hanya mungkin terjadi jika Zakar Anwar berjaya menembusi dubur saiful. Ini bermakna kedua-dua individu ini diperlukan antara satu sama lain untuk membolehkan Liwat berlaku. Jadi sudah pasti Anwar dan Saiful bersalah andai kata perbuatan liwat ini berlaku sesama mereka, tidak timbul soal paksaan atau rela kerana dari segi logika akal manusia liwat hanya dapat 'dirasakan' saiful jika dia membenarkan duburnya diceroboh anwar. Apakah amat sukar bagi saiful untuk menutup lubang duburnya dari ditembusi zakar Anwar, penulis menanyakan soalan mudah ini kepada anak mudah yang berusia awal 20an yang mendakwa duburnya diceroboh oleh zakar Anwar yang telah berusia 60an. Jika andaian ini adalah betul, maka Anwar dan Saiful kedua-dua nya adalah bersalah, Jadi Anwar diwakili 1 X, dan Saiful juga 1 X.

Andaian kedua penulis, saiful mungkin mengada-adakan cerita bahawa duburnya telah diliwat Anwar, kerana pemeriksaan awal Doktor Osman dari PUSRAWI menyatakan dengan jelas tiada sebarang simpton liwat dikesan dalam dubur saiful. Penulis tidak mengatakan Saiful berdusta dengan mengatakan Anwar meliwatnya, tetapi hanya mengandaikan perkara ini tidak pernah berlaku daripada penerangan yang jelas daripada doktor yang bertanggungjawab memeriksa dubur saiful. Jika perkara ini tidak pernah berlaku dan Saiful hanya menfitnah Anwar maka Anwar adalah tidak bersalah, dan saiful bersalah, atau formulanya, Anwar 1Y, Saiful 1X.

Kesudahan bagi drama liwat ini terbukti, jika kes liwat ini pernah berlaku atau sebaliknya tidak pernah berlaku sama sekali, namun Saiful tetap bersalah dalam Isu ini. Anwar mungkin bersalah atau tidak. Maka kesimpulanya formula Anwar-XY-lelaki dan Saiful-XX-wanita dapat diaplikasikan dalam menghitung kebarangkalian dalam kes ini. Saya sekali lagi menegaskan saiful tetap bersalah dalam kes liwat ini kerana, liwat hanya akan berlaku jika saiful membenarkan duburnya diceroboh oleh Anwar.

Kita tidak berhak menghukum orang, dan tidak berhak untuk menentukan siapa bersalah dan siapa yang benar, kerana Kebenaran yang Hakiki hanyalah Hak Mutlak ALLAH S.W.T. melalui sifatnya Al-HAQQ-Yang Maha Benar. Semoga kita jadikan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan dan pedoman hidup kita dalam mencari kebenaran dan medapat keRedhaanNya.

Monday, August 18, 2008

Kenapa Chong Wei Sekadar No. 2 Dunia..??

Kerana Lin Dan lebih berhak untuk bergelar pemain nombor satu dunia. Semalam berakhirlah harapan seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan kilauan sebutir pingat emas dari sukan Olimpik Beijing 2008 setelah ayam tambatan Misbun Dato Hj Sidek, chong wei dengan mudah merelakan pingat emas, dikalungkan kepada Lin Dan. Lin Dan seolah-olah membuktikan kenapa dia lebih berhak untuk bergelar pemain badminton perseorang terbaik dunia pada masa kini. Dengan rekod 22 pelbagai kejuaraan antarabangsa, berbanding 12 kejuaraan antarabangsa yang menjadi koleksi chong wei, Lin Dan sememangnya melebihi kemampuan chong dari semua segi.

Mengulas perlawanan akhir perseorangan lelaki sukan Olimpik 2008, Chong wei seolah-olah hilang rentak, gugup dan terpukau oleh aksi lincah dan aggresif Lin Dan. Ternyata chong wei bermain di bawah keupayaan sebenar, malah jauh dari aksi terbaiknya. Andai kata pemain nombor dunia ini bermain selayaknya dengan status yang dimilikinya, bagi penulis dia masih tidak mampu untuk mengatasi Lin Dan, kenyataan ini mungkin kedengaran seperti memperlekehkan pemain badminton kesayangan kita ini, tetapi itu adalah hakikat dan kenyataan yang perlu di telan walaupun pahit. Lin Dan berada di kelasnya yang tersendiri, dia begitu gagah, seolah-olah tiada siapa yang dapat menewaskannya pada masa kini, dengan pukulan-pukulan maut disusuli dengan hantaran-hantaran silang yang mengelirukan dan memenatkan lawan, ternyata skill dan kekuatan pukulan Lin Dan mengatasi semua pemain badminton terbaik dunia pada masa ini.

Bagi pencinta badminton, anda pasti bersetuju dengan penulis, bagi yang menyaksikan permainan Lin Dan dikala dia berada di kemuncak persembahanya, pasti terpukau dan terpaku dengan gaya permainanya. Mungkin rekod membuktikan bahawa Lin Dan pernah tewas ditangan chong wei sebanyak 5 kali dan yang terakhir kemenangan chong wei ke atas Lin Dan di temasya Piala Thomas yang lepas, tetapi penulis percaya, Lin Dan hanya dapat ditewaskan jika pemain itu tidak berada dalam ruang selesanya, atau dalam Istilah inggeris di sebut "Comfort Zone".

Lee Chong Wei pula seorang pemain yang mempunyai variasi pukulan yang menarik dan bersemangat kental, mungkin semalam bukan hari yang terbaik untuknya, kerana dia beraksi dibawah kemampuan sebenar tanpa sebarang pukulan yang benar-benar membunuh Lin Dan. Setiap smashnya dapat dijawab Lin Dan dengan begitu mudah, seolah-olah Lin Dan sekadar menjalani seisi latihan sahaja. Dengan mudah Lin Dan memenangi set pertama 21-12, setelah jauh meniggalkan lawannya dari Malaysia pada awal permainan. Dalam seti kedua, Lee Chong wei kelihatan terus gugup dan gagal menahan tekanan. Di babak permulaan set kedua Lin Dan jauh meinggalkan chong wei 9-1, chong wei seolah hilang idea, dan tidak dapat menjawab kebanyakan Power Smash Lin Dan, pukulan-pukulan lemah chong wei jugak acap kali tersangkut dijaring mengambarkan kegugupan pemain negara itu. Tanpa sebarang masalah Lin Dan mengakhiri buruan Emas Olimpik pertama malaysia dengan kemenangan mudah 21-8. Chong wei mengakui, Lin Dan bermain dengan sangat baik dan lebih pantas berbandingnya, dan menerima kekalahan ini dengan terbuka. Penulis juga merasakan yang sama, kerana Lin Dan bermain atas 100% kemampuan seorang juara dunia.

Apa lagi yang boleh dikatakan selain mengambil iktibar dengan kekalahan semalam dan memperbaiki permainan dari masa ke semasa, penulis yakin dengan tunjuk ajar Misbun Sidek Chong Wei mampu menumpaskan pemain nombor satu dunia itu kelak, mungkin itu akan menjadi "Sweet Revenge" buat lee chong wei. Akhir kata dari penulis, Syabas Chong Wei, anda seorang pemain yang hebat.

Wednesday, July 30, 2008

Jika PAS Dibubarkan...???

Apa akan terjadi jika PAS dibubarkan..?? Jika itulah persoalan yang ditimbulkan, bagi penulis jawapan amat mudah, PAS tetap PAS, PAS tetap dengan Dasar Islam, Ahli, Pengikut, &Penyokong PAS akan terus memperjuangkan dasar ISLAM dalam mewujudkan kesejahteraan Ummah di dunia dan akhirat walau apa pun nama parti diberi. Tujuan kita hanya satu, hanya satu... iaitu TAQWA kepada ALLAH S.W.T dengan melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala LaranganNYA menurut AL-QURAN dan AL-HADIS.

Apa ada pada sebuah nama..?? PAS, Parti Islam Semalaysia, andai parti baru ditubuhkan, ia pasti akan menjadikan ISLAM sebagai asas segala dasar-dasar parti. Tapi persoalan yang menarik disini, sanggupkah UMNO menjadikan ISLAM sebagai asas perjuangan..?? sanggupkah pak lah menerima ISLAM sebagai asas dasar kerajaan, tanya najib, hishamuddin, muhidin, dan semua pak-pak menteri umno, sanggupkah anda..?? khairy tak payah tanya la, kerana bagi penulis kalau ditanya sekali pun ia nya bagai menuang air ke daun keladi, kerana khairy tetap khairy, seorang 'pejuang', 'pejuang bangsa dan agama', anak muda yang 'amat berpengaruh'.

Pendapat peribadi penulis, Tuan Guru amat jelas akan asas perjuangannya, beliau tahu apa yang terbaik untuk ISLAM, bukan apa yang terbaik untuk parti, kerana suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sekalipun, parti, kerajaan malah dunia ini pasti akan hancur musnah, itu janji ALLAH, pasti akan MUSNAH, tapi ISLAM akan tetap terpelihara dan abadi selamanya, kerana hanya ISLAM yang akan menentukan kehidupan kita selepas mati, kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Jiwa yang lapang dan tenang pasti akan dapat memikirkannya, kita hidup hanya sementara, dunia hanya ujian daripada ALLAH S.W.T, sesunggunnya manusia dijadikan hanya untuk beribadah pada TUHAN nya, IBADAH itu luas pengertiannya, maka sama-sama lah kita mencari erti IBADAH, dan sama-sama lah kita berIBABADAH padaNYA YA RABBI, padaNYA YA RAHMAN, padaNYA YA RAHIM.

Penulis berasa amat sedih memikirkan persengkataan sesama manusia sedangkan kita hanya lah hambaNYA, kita hanya hamba, kita bukan siapa-siapa. Bukan niat penulis untuk menunjuk pandai, bukan niat penulis untuk mengajar siapa-siapa, niat penulis hanya satu, nawaitu penulis hanya satu, hanya kerana ALLAH S.W.T. Semoga kita semua umat manusia tidak kira parti PAS, UMNO, PKR atau apa saja namanya, semoga kita dicucuri Rahmat olehnya, semoga segala AMALAN kita diterima olehNYA, semoga pintu hati kita dibuka OlehNYA, semoga perjalanan hidup kita di Redhai OlehNYA. ~AMIN~

Tuesday, July 22, 2008

Muzakarah PAS - UMNO

Pesan Tuan Guru Nik Aziz Jangan Diabaikan

Tuan Guru Nik Aziz secara jelas menyatakan bahawa beliau tidak berminat dengan idea untuk bermuzakarah dengan Parti UMNO, penulis harus menekankan "Parti" kerana PAS khususnya mempunyai banyak sejarah hitam hasil muzakarah dan kerjasama dengan UMNO. Mungkin ramai yang berpendapat muzakarah ini adalah ke arah kebaikan bangsa Melayu dan agama ISLAM, tetapi pada pandangan Tuan Guru idea muzakarah ini merupakan salah satu taktik licik UMNO untuk mengangkat kembali parti itu yang sedang kelemasan dan tidak salah jika penulis katakan tengah nazak.


"Itu Perangkap namanya" kata Tuan Guru, ya, ia kelihatan seperti itu, jika betul Pemimpin-pemimpin UMNO ini Ikhlas, mengapa baru sekarang ditimbulakan idea ini. Bagi penulis jika muzakarah ini bertujuan untuk membela kepentingan Melayu dan ISLAM, maka ruang dan peluang harus diberikan demi menjayakanya, tetapi sebaliknya jika ia berunsur kepartian maka, sedikit nasihat penulis, lupakan sajalah wahai pemimpin UMNO. Tidak kelihatan tujuan yang jelas Muzakarah ini diadakan, kerana seperti apa yang dikatakan Tuan Guru, dan penulis juga bersependapat dengan Beliau, parti UMNO adalah parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata, tidak kelihatan sebarang usaha untuk memperjuangan ISLAM. "
Soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno" kata Tuan Guru lagi.

Pandangan peribadi penulis, PAS adalah lebih layak dalam memperjuangkan dan mengangkat martabat ISLAM, dan memang menjadi Dasar PAS ke arah itu. Mungkin baru sekarang UMNO sedar akan keperluan Muzakarah dengan PAS, namun mungkin juga ia tidak perlu kerana PAS sekian lama mempertahankan apa yang orang UMNO baru hendak cuba-cuba usahakan, fikir-fikirkan, biar PAS menjalankan apa yang terbaik untuk ISLAM.

Dengan penuh keikhlasan saya Doakan usaha Tuan Guru dan PAS kearah membentuk sebuah kerajaaan ISLAM yang menjaga kepentingan semua kaum, bangsa dan agama di negara ini menjadi kenyataan.

Wednesday, July 16, 2008

DEBAT- HARI INI BENTUK KERAJAAN ESOK TURUN HARGA MINYAK

ANWAR IBRAHIM 10 VS 1 SHABERY CHIK

Salam bicara, hari ini penulis terpanggil untuk menulis lagi, membicarakan mengenai sebuah perdebatan yang hebat diantara mantan timbalan perdana menteri malaysia dengan seorang menteri, menteri penerangan rasanya,musykil dengan jawatan menteri terbabit berdasarkan apa yang dipersembahkan dalam perdebatan dengan Dato Seri Anwar. Kebimbangan ini mungkin bukan saja dirasakan oleh penulis, bahkan mungkin lebih dari separuh warga malaysia.
Perdebatan yang bagi penulis sangat tidak seimbang. Tiada apa yang diperjelaskan oleh pak menteri yang mewakili kerajaan, hanya sekadar membacakan kembali skrip lapuk yang diulang cetak dan diulang baca.

Dato Seri Anwar dengan mudah meperjelaskan kepada umum bagaimana rakyat dapat menikmati penurunan harga minyak sebanyak RM0.50 dengan memperuntukan RM5 bilion daripada sumber sepertimana yang dihuraikanya dalam debat itu. Rakyat yang pernah menhadiri sekolah walaupun hanya sekadar pra sekolah sekali pun akan dengan mudah memahami apa yang diterangkan dato seri, penulis berasa hairan bagaiman menteri-menteri dalam kerajaan yang rata-rata berpendidikan tinggi tidak dapat menerima pandangan dan cadangan yang membawa keuntungan kepada rakyat, mungkinkah mereka ini memang tidak berhati rakyat, hanya mereka sahaja yang punya jawapanya.

Dato shabery juga menjatuhan kredibiliti menteri-menteri dalam kerajaan dengan menyertai debat ini, rasional penulis ialah, beliua tidak menjawab persoalan yang diutara kepadanya tetapi lebih gemar untuk bercerita tentang latar belakang perjuangan dato seri anwar, apabila ditanya beliau menjawab sekadar mengukuhkan hujahnya dengan menjelaskan 'track record' dato seri anwar, masalahnya disini adakah track record ini relevan dengan apa yang diperdebatkan, isu dalam perdebatakan kali ini ialah isu menurukan harga minyak bukan isu kepimpinan. Tidak paham penulis bagaimana dato shabery begitu berani menyertai debat ini tanpa sebarang fakta yang konkrit. Hanya sekadar menyalahkan 'dunia' kerana kenaikan mendadak harga minyak, mungkin dato lupa, kita pengeluar minyak dan 'nett exporter', kalau harga minyak dunia naik, maka keuntungan petronas juga menjulang tinggi.

Sebagai kesimpulan, penulis khuatir bagaimana negara yang kita cintai ini akan terus makmur dan aman dari segi politik dan ekonomi jika terus diterajui oleh pak-pak menteri yang ada sekarang. Pengulungan dato shabery bagai memperlihatkan ketidakpahaman beliau tentang apa yang diperdebatkan selama hampir satu jam, dimana beliau berasa khuatir akan kemersotan pendapatan yang akan dialami oleh petronas jika mengikuti semua langkah-langakah yang dicadangakn oleh dato seri anwar, sedangankan dato seri anwar tidak pernah mencadangkan agar subsidi minyak diberi daripada keuntungan petronas tetapi diperolehi daripada pengurangan sebanyak 20% rezab IPP(Independant Power Producer) dan RM1 billion daripada RM6 billion dividen tambahan yang diberikan petronas. Bagaimana petronas akan menuju kearah kemiskinan dengan langakah-langkah yang langsung tidak menyentuh pendapatan petronas? Dato seri shabery saja yang boleh menjawabnya.

Friday, March 14, 2008

Bangun dari tidur yang lena.....

Salam buat semua.... penulis sebenarnya tidak gemar untuk berbicara atau menulis tentang politik sebelum ini... tapi pemerhatian dan keadaan disekeliling seolah memaksa penulis untuk mecoret sedikit sebanyak pandangan peribadi penulis mengenai kancah politik negara. Media mengelar apa yang berlaku dalam keputusan pilihanraya yang ke-12 sebagai 'tsunami politik' tetapi bagi penulis yg membuat sedikit kajian latar mengenai politik tanahair mendapati keputusan seperti ini adalah sesuatu yang telah dijangka dan statsitik tidak rasmi sebelum pilihanraya diadakan menunjukkan barisan rakyat mendapat sokongan 40% rakyat. Tetapi tidak terjangkau dek pengiraan norma otak kita, barisan pembangkang dapat menawan 5 + 1 buah negeri dengan membentuk kerajaan sendiri.

Keputusan ini sebenarnya adalah refleksi dari rakyat yang menolak kerajaan sebelum ini. Mungkin ada yang memberi undi kepada barisan rakyat tanpa berharap kerajaan baru akan dibentuk, tapi hakikatnya kini segala usaha pakatan rakyat membuahkan hasil. Selain daripada isu-isu yang dibawa oleh pakatan pembangkang yang secara langsung menunjukkan kelemahan pemerintahan negara, ramai yang tidak menyedari, keputusan ini adalah suatu eksprementasi yang mahal hargnya dan kalau ianya berjaya maka akan mebuahkan kejayaan yang selamanya akan mengubah corak pemerintahan negara. Kita memilih untuk bereskperimen dengan memberi kuasa kepada pakatan rakyat memerintah. bagi penulis, agenda politik kerajaan pemerintah adalah agenda politik lapuk yang jelas berbentuk kepentingan diri semata-mata, tiada istilah 'kemakmuran' secara jelas, manakala pakatan pembangkang memperkenalkan agenda politik yang lebih berani dengan memberikan 'kuasa' kepada rakyat.

Penulis agak bersetuju dengan analisa beberapa penganalisi politik termasuk kenyataan Tun M, bahawa, 'tsunami politik' tanahair berpunca dari kelemahan pentadbiran negara sekarang yang secara langsung memberi kelebihan kepada pakatan alternatif. Apa yang berlaku dalam arena 'underground' politik negara ditelanjangkan secara terbuka di alam maya, ini merupakan factor besar dalam menanam kebencian rakyat terhadap barisan pemerintah. Tidak jelas, apakah yang sebenar dikehendaki oleh ahli-ahli politik kerajaan ini sebenarnya. Ramai diantara mereka mewarisi darah pejuang kebebasan tanahair, namun itu belum cukup untuk menjadikan mereka seorang pemimpin dalam ertikata pemimpin itu sendiri. mungkin perlu ada definasi baru untuk pemimpin-pemimpin seperti ini. Penulis engan menulis lanjut tentang pemerintahan yang lumpuh ini, kerana pasti ramai pembaca sudah sedia maklum mengenainya, apa yg penulis ingin sampaikan ialah, kebimbangan dan kekecewaan penulis terhadap sesetengah insan ini, mereka tidak pernah memahami atau cuba memahami tujuan kita hidup di dunia ini, mungkin mereka lupa, 60-70 tahun adalah tempoh riwayat umat akhir zaman ini, dalam tempoh sesingkat ini, tidak habis pun apa yang mereka telah kumpul sepanjang bergelumang dalam kancah politik, kenapa mereka begitu leka, lena terus. Inilah masa kita.... mengejutkan mereka dari lena yang panjang, kita buktikan kepada 'insan-insan kamil' ini, masih ada yang saling menyayangi, memahami dan menghormati antara satu sama lain. Kita definasikan kepada mereka maksud 'kekitaan', kita semua manusia, tiada yang harus lebih dan kurang, pemimpin adalah untuk memimpin, bukan menindas, kita sebarkan semangat perpaduan, kita wujudkan kehidupan yang kita inginkan, bukan mustahil kita akan hidup senang, cuma perlu kurangkan mereka yang 'terlebih senang'. Penulis berharap nukilan hati penulis ini sampai kepada pembaca, kita hanya manusia, bukan siapa-siapa. Wasalam.

Hos Web Site Anda Secara Percuma sekarang.

Free Website Hosting