Apa akan terjadi jika PAS dibubarkan..?? Jika itulah persoalan yang ditimbulkan, bagi penulis jawapan amat mudah, PAS tetap PAS, PAS tetap dengan Dasar Islam, Ahli, Pengikut, &Penyokong PAS akan terus memperjuangkan dasar ISLAM dalam mewujudkan kesejahteraan Ummah di dunia dan akhirat walau apa pun nama parti diberi. Tujuan kita hanya satu, hanya satu... iaitu TAQWA kepada ALLAH S.W.T dengan melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala LaranganNYA menurut AL-QURAN dan AL-HADIS.
Apa ada pada sebuah nama..?? PAS, Parti Islam Semalaysia, andai parti baru ditubuhkan, ia pasti akan menjadikan ISLAM sebagai asas segala dasar-dasar parti. Tapi persoalan yang menarik disini, sanggupkah UMNO menjadikan ISLAM sebagai asas perjuangan..?? sanggupkah pak lah menerima ISLAM sebagai asas dasar kerajaan, tanya najib, hishamuddin, muhidin, dan semua pak-pak menteri umno, sanggupkah anda..?? khairy tak payah tanya la, kerana bagi penulis kalau ditanya sekali pun ia nya bagai menuang air ke daun keladi, kerana khairy tetap khairy, seorang 'pejuang', 'pejuang bangsa dan agama', anak muda yang 'amat berpengaruh'.
Pendapat peribadi penulis, Tuan Guru amat jelas akan asas perjuangannya, beliau tahu apa yang terbaik untuk ISLAM, bukan apa yang terbaik untuk parti, kerana suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sekalipun, parti, kerajaan malah dunia ini pasti akan hancur musnah, itu janji ALLAH, pasti akan MUSNAH, tapi ISLAM akan tetap terpelihara dan abadi selamanya, kerana hanya ISLAM yang akan menentukan kehidupan kita selepas mati, kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Jiwa yang lapang dan tenang pasti akan dapat memikirkannya, kita hidup hanya sementara, dunia hanya ujian daripada ALLAH S.W.T, sesunggunnya manusia dijadikan hanya untuk beribadah pada TUHAN nya, IBADAH itu luas pengertiannya, maka sama-sama lah kita mencari erti IBADAH, dan sama-sama lah kita berIBABADAH padaNYA YA RABBI, padaNYA YA RAHMAN, padaNYA YA RAHIM.
Penulis berasa amat sedih memikirkan persengkataan sesama manusia sedangkan kita hanya lah hambaNYA, kita hanya hamba, kita bukan siapa-siapa. Bukan niat penulis untuk menunjuk pandai, bukan niat penulis untuk mengajar siapa-siapa, niat penulis hanya satu, nawaitu penulis hanya satu, hanya kerana ALLAH S.W.T. Semoga kita semua umat manusia tidak kira parti PAS, UMNO, PKR atau apa saja namanya, semoga kita dicucuri Rahmat olehnya, semoga segala AMALAN kita diterima olehNYA, semoga pintu hati kita dibuka OlehNYA, semoga perjalanan hidup kita di Redhai OlehNYA. ~AMIN~
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Wednesday, July 30, 2008
Tuesday, July 22, 2008
Muzakarah PAS - UMNO
Pesan Tuan Guru Nik Aziz Jangan Diabaikan
Tuan Guru Nik Aziz secara jelas menyatakan bahawa beliau tidak berminat dengan idea untuk bermuzakarah dengan Parti UMNO, penulis harus menekankan "Parti" kerana PAS khususnya mempunyai banyak sejarah hitam hasil muzakarah dan kerjasama dengan UMNO. Mungkin ramai yang berpendapat muzakarah ini adalah ke arah kebaikan bangsa Melayu dan agama ISLAM, tetapi pada pandangan Tuan Guru idea muzakarah ini merupakan salah satu taktik licik UMNO untuk mengangkat kembali parti itu yang sedang kelemasan dan tidak salah jika penulis katakan tengah nazak.
"Itu Perangkap namanya" kata Tuan Guru, ya, ia kelihatan seperti itu, jika betul Pemimpin-pemimpin UMNO ini Ikhlas, mengapa baru sekarang ditimbulakan idea ini. Bagi penulis jika muzakarah ini bertujuan untuk membela kepentingan Melayu dan ISLAM, maka ruang dan peluang harus diberikan demi menjayakanya, tetapi sebaliknya jika ia berunsur kepartian maka, sedikit nasihat penulis, lupakan sajalah wahai pemimpin UMNO. Tidak kelihatan tujuan yang jelas Muzakarah ini diadakan, kerana seperti apa yang dikatakan Tuan Guru, dan penulis juga bersependapat dengan Beliau, parti UMNO adalah parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata, tidak kelihatan sebarang usaha untuk memperjuangan ISLAM. "Soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno" kata Tuan Guru lagi.
Pandangan peribadi penulis, PAS adalah lebih layak dalam memperjuangkan dan mengangkat martabat ISLAM, dan memang menjadi Dasar PAS ke arah itu. Mungkin baru sekarang UMNO sedar akan keperluan Muzakarah dengan PAS, namun mungkin juga ia tidak perlu kerana PAS sekian lama mempertahankan apa yang orang UMNO baru hendak cuba-cuba usahakan, fikir-fikirkan, biar PAS menjalankan apa yang terbaik untuk ISLAM.
Dengan penuh keikhlasan saya Doakan usaha Tuan Guru dan PAS kearah membentuk sebuah kerajaaan ISLAM yang menjaga kepentingan semua kaum, bangsa dan agama di negara ini menjadi kenyataan.

Subscribe to:
Posts (Atom)