Wednesday, July 30, 2008

Jika PAS Dibubarkan...???

Apa akan terjadi jika PAS dibubarkan..?? Jika itulah persoalan yang ditimbulkan, bagi penulis jawapan amat mudah, PAS tetap PAS, PAS tetap dengan Dasar Islam, Ahli, Pengikut, &Penyokong PAS akan terus memperjuangkan dasar ISLAM dalam mewujudkan kesejahteraan Ummah di dunia dan akhirat walau apa pun nama parti diberi. Tujuan kita hanya satu, hanya satu... iaitu TAQWA kepada ALLAH S.W.T dengan melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala LaranganNYA menurut AL-QURAN dan AL-HADIS.

Apa ada pada sebuah nama..?? PAS, Parti Islam Semalaysia, andai parti baru ditubuhkan, ia pasti akan menjadikan ISLAM sebagai asas segala dasar-dasar parti. Tapi persoalan yang menarik disini, sanggupkah UMNO menjadikan ISLAM sebagai asas perjuangan..?? sanggupkah pak lah menerima ISLAM sebagai asas dasar kerajaan, tanya najib, hishamuddin, muhidin, dan semua pak-pak menteri umno, sanggupkah anda..?? khairy tak payah tanya la, kerana bagi penulis kalau ditanya sekali pun ia nya bagai menuang air ke daun keladi, kerana khairy tetap khairy, seorang 'pejuang', 'pejuang bangsa dan agama', anak muda yang 'amat berpengaruh'.

Pendapat peribadi penulis, Tuan Guru amat jelas akan asas perjuangannya, beliau tahu apa yang terbaik untuk ISLAM, bukan apa yang terbaik untuk parti, kerana suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sekalipun, parti, kerajaan malah dunia ini pasti akan hancur musnah, itu janji ALLAH, pasti akan MUSNAH, tapi ISLAM akan tetap terpelihara dan abadi selamanya, kerana hanya ISLAM yang akan menentukan kehidupan kita selepas mati, kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Jiwa yang lapang dan tenang pasti akan dapat memikirkannya, kita hidup hanya sementara, dunia hanya ujian daripada ALLAH S.W.T, sesunggunnya manusia dijadikan hanya untuk beribadah pada TUHAN nya, IBADAH itu luas pengertiannya, maka sama-sama lah kita mencari erti IBADAH, dan sama-sama lah kita berIBABADAH padaNYA YA RABBI, padaNYA YA RAHMAN, padaNYA YA RAHIM.

Penulis berasa amat sedih memikirkan persengkataan sesama manusia sedangkan kita hanya lah hambaNYA, kita hanya hamba, kita bukan siapa-siapa. Bukan niat penulis untuk menunjuk pandai, bukan niat penulis untuk mengajar siapa-siapa, niat penulis hanya satu, nawaitu penulis hanya satu, hanya kerana ALLAH S.W.T. Semoga kita semua umat manusia tidak kira parti PAS, UMNO, PKR atau apa saja namanya, semoga kita dicucuri Rahmat olehnya, semoga segala AMALAN kita diterima olehNYA, semoga pintu hati kita dibuka OlehNYA, semoga perjalanan hidup kita di Redhai OlehNYA. ~AMIN~

4 comments:

Anonymous said...

Salam Bro...

PAS-UMNO dalam SATU ENTITI??Mustahil Bro...Mustahil!!! Gua ingat lu kena baca macam mana Angkatan Perpaduan Ummah dan BERJASA wujud masa UMNO kena bubar pada tahun 86 dulu tuu...

Tok Guru dah cakap,jangan kena sengat 2kali bebb...

Cuma lah kannnn...gua terfikir lahh!!If PR ambik alih Malaysia dan PAS duk dalam Pakatan Rakyat,boleh ker nak laksana Hukum Islam sepenuhnya? Susah nak cakap tuuu...

Bagi gua lah kannn..Mustahil untuk PAS laksana Hukum Islam dalam pd duk berserabut macam sekrang! PAS perlu wujud dalam bentuk entiti tunggal dan sikit demi sedikit ambik sokongan rakyat! Mungkin 50-100thn lg...kot?!Mana tahu...

Roger!

Laxmana said...

Salam...

Bro, busy sangat ker...?
Dah lame xde entri baru ni...
komen sikit pasal isu2 latest ni bro...

Anonymous said...

Ish..apa ni bro!Tak update langsung....TANDUS ka???huhu...

Jadi blogger kena CARGAS,Brooo..

Roger!

Anonymous said...

salam, sya budak baru belajar..
ini hnya pendapat bukannya fakta..

melayu dan islam xdapat dipisahkan.. itu adalah pendapat saya.

melayu berpecah kerana politik.. itu adalah pendapat saya

melayu rugi kerana perbezaan pendapat.. itu pendapat saya..

saya masih belum boleh mengundi.. tp saya akan menjadi pengundi..
undi untuk menentukan pemimpin.. pemimpin memimpin untuk majukan negara..

betapa ruginya orang melayu apabila kita berbalah..
betapa malunya saya bila lihat perbezaan menjadikan kita lemah..

perBEZAan.. berbezakah kita dengan orng lain yng sama agama, sama bangsa, sama keturunan tetapi berbeza politik..

saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan


tp kalau begini senarionya Melayu Malaysia.. saya tak pasti saya akan berbangga..

Hos Web Site Anda Secara Percuma sekarang.

Free Website Hosting