Saturday, January 17, 2009

Kerusi P-36 Kuala Terengganu Bakal Berpindah Tuan

Kehangatan pilihanraya kecil P-36 Kuala Terengganu bolehlah dikatakan tidak sepanas ibu kepada segala pilihanraya kecil, P-44 Permatang Pauh. Namun misi yang dibawa oleh kedua-dua calon amatlah besar dan bakal mengubah persepsi rakyat terhadap pimpinan negara. Rakyat bakal melihat suatu perubahan yang nyata dalam pemerintahan demokrasi berpelembagaan Malaysia, jika PAS berjaya merampas Parlimen P36 ini maka bermakna, rakyat terus dan terus hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional dan mula yakin kepada pemerintahan alternatif, Pakatan Rakyat.

Keputusan P44 adalah berkecuali kerana kemenangan besar calon PKR, Dato Seri Anwar Bin Ibrahim telah dijangka sejak awal. Berbeza di Kuala Terengganu, P-36 adalah kerusi parlimen milik BN, pakatan cuba menukar hakmilik kerusi tersebut agar menjadi milik Pakatan Rakyat, dan ya penulis amat optimis ini akan berlaku. Keyakinan ini diilhami oleh beberapa faktor yang tampak secara jelas dan nyata. PAS mendapat sokongan padu rakyat tempatan, termasuk pengundi bukan melayu. Perkembangan ini adalah sesuatu yang menarik dan sedikit janggal memandangkan media arus perdana sibuk mencanangkan bibik-bibik perpecahan di antara PAS dan DAP yang berpunca dari isu Hudud. Kedua-dua pemimpin tertinggi daripada PAS dan DAP bijak menangani soalan-soalan yang bakal membawa kepada ketegangan di kalangan kedua-dua parti dari Pakatan ini. 'Keakraban' dan kesepakatan pemimpin-pemimpin pakatan membawa sinar baru dalam kancah politik tanahair.

Berbalik kepada, Pilihanraya kecil Kuala Terrengganu, banyak pihak yang tidak berani meramalkan siapa yang bakal menghuni kerusi P36 di parlimen. Kedengaran suara ramalan 50-50 di merata-rata tempat termasuk di dalam media arus perdana. Dengan jumlah pengundi mencecah 80,000 orang dan majoritinya adalah pengundi melayu, maka memang rasional pertandingan ini adalah seimbang diantara PAS dan UMNO. Namun, calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut mempunyai banyak kelebihan berbanding lawannya Wan Farid. Antara yang menarik tentang YB wakaf mempelam ini, beliau merupakan seorang wakil rakyat yang amat peramah dan disenangi oleh penduduk, beliau memenangi kerusi Dun wakaf mempelam selama 5 penggal, suatu rekod yang sangat cemerlang. Apa lagi yang pengundi inginkan daripada seorang Ahli Parlimen yang membawa suara rakyat ke Parlimen selain rekod kepimpinan dan peribadi yang baik.

Rata-rata pengundi khususnya dan rakyat amnya sudah muak dengan isu pembangunan dan propoganda mengenai keretakan Paktan Rakyat yang dibawa oleh BN. Perasaan tidak puas hati dan seperti diperbodohkan membuak-buak dikalangan rakyat, kepercayaan yang hilang terhadap kepimpinan sekarang perlu diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih konkrit, keputusan P-36 mungkin mempunyai jawapan yang tepat.

Sekali lagi penulis amat optimis PAS bakal menang, kalau tak menang kecil, menang besar. Walaupun majoriti tidak sehebat P-44, namun P-36 tetap menjanjikan angin perubahan dalam lanskap politik negara Malaysia yang 'berdemokrasi' dan 'berpelembagaan'.

Monday, January 5, 2009

Mereka Berduka. Kita?

Melihatkan tajuknya sahaja pasti ramai yang dapat mengagak apa yang bakal dicoretkan dalam catatan penulis kali ini. Ya, apa lagi kalau bukan Isu Palestin. Apa lagi yang mengemparkan dunia dari terus melihat saudara-saudara kita di bumi Anbiyah dibunuh dengan rakus dan kejam oleh Syaitan yang berlambangkan Israel Laknatullah. Pernah terfikir oleh penulis mengapa Yahudi itu begitu kejam sekali sifatnya, dan jawapan kepada persoalan ini mungkin kerana Yahudi mendapat tunjuk ajar syaitan, mendapat sokongan syaitan, mendapat perkenan syaitan untuk menjadi syaitan dimuka bumi.

Mereka membunuh anak-anak kecil Palestin, perempuan-perempuan tua, dan insan-insan lemah yang tak berdaya, seolah-olah dalam otak tentera yahudi laknatullah itu hanya diprogram untuk membunuh. Seperti kata Duta besar palestin di Malaysia, Palestin merupakan satu-satunya negara dalam dunia yang masih dijajah dalam era moden dan globalisasi. Di mana demokrasi? Perundangan? Perlembagaan? mungkin sekadar contengan lapuk dalam sejarah peradaban manusia, demokrasi tidak wujud di era globalisasi yang dikuasai oleh satu kuasa kejahatan dimuka bumi, Israel yang bertopengkan Amerika laknatullah. Sehingga saat ini, mereka terus rakus meminum darah manusia. Tidak perlu rasanya menghurai lanjut mengenai sifat kebinatangan Israel ini.

Persoalannya disini, megapa rakyat Palestin yang ditindas dibiarkan berduka seorang diri? mengapa mereka dibiarkan menangisi kehidupan yang perit? Megapa merepa dibiarkan terkapai-kapai mencari perlindungan dari terus dibedil? Mengapa mereka dibiarkan dibunuh kejam? Mengapa? Mengapa? Mengapa ini pernah terjadi? Mengapa ini terus terjadi? Bukankah mereka saudara kita? Bukankah mereka perlukan saudara Seagama untuk membantu mereka terus bertahan di bumi sendiri?

Laungan anti-israel kedengaran diserata dunia. Sekadar laungan di luar palestin, di bumi lain yang tidak kedengaran oleh mereka yang terus berduka meratapi kematian saban hari. Sedarlah, mereka tiada masa menonton aksi kita melaungankan sokongan anti-israel, memberi sokongan sekadar mengibarkan bendera dan banting sambil berarak ke hulu-kehilir, mencari pejabat-pejabat kedutaan Amerika dan Israel. Syaitan itu amat jahat sifatnya, syaitan itu terjadi daripada api. Mengapa perlu lagi menambah dan membesarkan api dengan membakar bendera? Sia-sia.

Islam agama keamanan. Kita tidak diajar berperang sesuka hati. Tetapi bila kita diserang apa lagi yang perlu kita lakukan untuk bertahan. Ya, memang bukan kita yang diserang, tapi mereka rakyat palestin, saudara seagama kita, tidakkah menjadi tanggungjawab kita sebagai saudara untuk membantu? Menyatakan sokongan itu memang perlu, tetapi apa yang lebih penting ialah melaksanakan sokongan, bersatu atas satu Agama, Ad-Din, Islam. Mengapa kita ditindas? kerana kita tidak bersatu, kita berpecah, kita leka mengejar dunia mengikut cara penjajah, acuan barat, petunjuk Amerika laknatullah. Carilah pedoman dalam Al-Quran dan Hadis.

Mereka berduka, kita..?? bersuka barangkali. Sumbangkan apa yang termampu oleh kita. Ayuh Umat Islam seantro dunia, kita menjadi satu atas nama Islam, kita tentang kekejaman, kita melawan penindasan, kita tegakkan sebuah negara Islam Palestin yang Merdeka. Beribu perkara yang dapat kita lakukan selain berarak kehulu dan kehilir. Ilmu, Harta, Tenaga, dan ibu kepada setiap kejayaan Doa. Huraikan setiap satu darinya, ada jawapan bagi setiap daripada kita, mungkin kita akan terpanggil untuk menyumbangkan sesuatu.

Penulis insan yang kerdil, sekadar mampu mencoret sesuatu meratapi pejuang yang gugur di medan Syahid di bumi palestin, tetapi penulis juga ingin menyumbangkan sesuatu. Jihad!

'Jihad' luas pengertiannya, jangan sempitkan dengan peperangan semata-mata.

Hos Web Site Anda Secara Percuma sekarang.

Free Website Hosting