Monday, August 18, 2008

Kenapa Chong Wei Sekadar No. 2 Dunia..??

Kerana Lin Dan lebih berhak untuk bergelar pemain nombor satu dunia. Semalam berakhirlah harapan seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan kilauan sebutir pingat emas dari sukan Olimpik Beijing 2008 setelah ayam tambatan Misbun Dato Hj Sidek, chong wei dengan mudah merelakan pingat emas, dikalungkan kepada Lin Dan. Lin Dan seolah-olah membuktikan kenapa dia lebih berhak untuk bergelar pemain badminton perseorang terbaik dunia pada masa kini. Dengan rekod 22 pelbagai kejuaraan antarabangsa, berbanding 12 kejuaraan antarabangsa yang menjadi koleksi chong wei, Lin Dan sememangnya melebihi kemampuan chong dari semua segi.

Mengulas perlawanan akhir perseorangan lelaki sukan Olimpik 2008, Chong wei seolah-olah hilang rentak, gugup dan terpukau oleh aksi lincah dan aggresif Lin Dan. Ternyata chong wei bermain di bawah keupayaan sebenar, malah jauh dari aksi terbaiknya. Andai kata pemain nombor dunia ini bermain selayaknya dengan status yang dimilikinya, bagi penulis dia masih tidak mampu untuk mengatasi Lin Dan, kenyataan ini mungkin kedengaran seperti memperlekehkan pemain badminton kesayangan kita ini, tetapi itu adalah hakikat dan kenyataan yang perlu di telan walaupun pahit. Lin Dan berada di kelasnya yang tersendiri, dia begitu gagah, seolah-olah tiada siapa yang dapat menewaskannya pada masa kini, dengan pukulan-pukulan maut disusuli dengan hantaran-hantaran silang yang mengelirukan dan memenatkan lawan, ternyata skill dan kekuatan pukulan Lin Dan mengatasi semua pemain badminton terbaik dunia pada masa ini.

Bagi pencinta badminton, anda pasti bersetuju dengan penulis, bagi yang menyaksikan permainan Lin Dan dikala dia berada di kemuncak persembahanya, pasti terpukau dan terpaku dengan gaya permainanya. Mungkin rekod membuktikan bahawa Lin Dan pernah tewas ditangan chong wei sebanyak 5 kali dan yang terakhir kemenangan chong wei ke atas Lin Dan di temasya Piala Thomas yang lepas, tetapi penulis percaya, Lin Dan hanya dapat ditewaskan jika pemain itu tidak berada dalam ruang selesanya, atau dalam Istilah inggeris di sebut "Comfort Zone".

Lee Chong Wei pula seorang pemain yang mempunyai variasi pukulan yang menarik dan bersemangat kental, mungkin semalam bukan hari yang terbaik untuknya, kerana dia beraksi dibawah kemampuan sebenar tanpa sebarang pukulan yang benar-benar membunuh Lin Dan. Setiap smashnya dapat dijawab Lin Dan dengan begitu mudah, seolah-olah Lin Dan sekadar menjalani seisi latihan sahaja. Dengan mudah Lin Dan memenangi set pertama 21-12, setelah jauh meniggalkan lawannya dari Malaysia pada awal permainan. Dalam seti kedua, Lee Chong wei kelihatan terus gugup dan gagal menahan tekanan. Di babak permulaan set kedua Lin Dan jauh meinggalkan chong wei 9-1, chong wei seolah hilang idea, dan tidak dapat menjawab kebanyakan Power Smash Lin Dan, pukulan-pukulan lemah chong wei jugak acap kali tersangkut dijaring mengambarkan kegugupan pemain negara itu. Tanpa sebarang masalah Lin Dan mengakhiri buruan Emas Olimpik pertama malaysia dengan kemenangan mudah 21-8. Chong wei mengakui, Lin Dan bermain dengan sangat baik dan lebih pantas berbandingnya, dan menerima kekalahan ini dengan terbuka. Penulis juga merasakan yang sama, kerana Lin Dan bermain atas 100% kemampuan seorang juara dunia.

Apa lagi yang boleh dikatakan selain mengambil iktibar dengan kekalahan semalam dan memperbaiki permainan dari masa ke semasa, penulis yakin dengan tunjuk ajar Misbun Sidek Chong Wei mampu menumpaskan pemain nombor satu dunia itu kelak, mungkin itu akan menjadi "Sweet Revenge" buat lee chong wei. Akhir kata dari penulis, Syabas Chong Wei, anda seorang pemain yang hebat.

2 comments:

Laxmana said...

Salam bro...

first of all, gua nak cakap yang lu memang hebat pilih tajuk la! gua caya sama lu, hahaha!

pasal chong wei, gua setuju dengan semua yang lu tulis... bermain bkn pada tahap sebenar, dan menghadapi hakikat bahawa lin dan sememangnya jauh lebih unggul...cuma mungkin ada seorang dua pemain dr Indonesia yang dapat mencabar lin dan, tapi x dapat melepasi chong wei...
hope u get what i mean... ;)

p/s : amcm keadaan terkini kat permatang pauh bro?

Laxmana said...

gua macam x sabar nak dapat cuti ni bro, nak melangkah g sane...gua nak layan suasana pilihanraye tu jugak! gua ni gila pilihanraya bro... kah!kah!kah!

Hos Web Site Anda Secara Percuma sekarang.

Free Website Hosting