Monday, September 22, 2008

Upin dan Ipin : Setahun Kemudian

Hari berganti hari, peminat upin dan ipin semakin bertambah secara mendadak, perkembangan yang positif ini memperlihatkan prospektif yang cerah dalam bidang animasi 3D di negara kita, dengan adanya sokongan pelbagai lapisan maysarakat sudah tentu akan menyemarakkan lagi semangat animator-animator anak bangsa kita untuk terus mencurahkan kreativiti mereka untuk menghiburkan kita. Tak dinafikan upin dan ipin perintis kepada perkembangan animasi 3D di negara ini. Technology yang dulunya, kita hanya penonton, tetapi kini kita sudah ada anak bangsa kita sebagai pemainnya.

Untuk tidak menghampakan peminat-peminat Upin dan Ipin yang tidak dapat menonton siri ini di TV9, Les Copaque Production membangunankan laman web rasmi untuk siri ini. Anda boleh menyaksikan keseluruhan siri animasi ini di Upin & Ipin .Di sini, peminat dapat mendownload wallpaper, ringtones dan avatars Upin dan Ipin sebagai koleksi.




Firazzurri membawakan beberapa episode Upin dan Ipin pilihan FiZurri untuk tontonan bersama.

Upin & Ipin : Esok Puasa


Upin & Ipin : Nikmat


Upin & Ipin : Adat



Bagi yang berminat, jangan ketinggalan untuk memberi sokongan dengan membeli DVD siri ini yang orginal, sokongan kewangan amat diperlukan bagi menampung kos-kos pembikinan siri ini yang menelan belanja jutaan ringgit, kos yang tinggi ini disebabkan animasi 3D adalah sesuatu yang baru di negara kita dan memerlukan peralatan dan perisian yang terkini. Anda boleh dapatkan DVD siri ini dengan harga yang menarik berserta dengan pelbagai koleksi barangan Upin dan Ipin di World Of Geng

FirAzzurri akan terus menulis mengenai perkembangan animasi 3D khususnya kelahiran film animasi 3D pertama negara Geng-The Adventure Begins di artikel-artikel yang mendatang. Individu-individu yang memainkan peranan utama di sebalik tabir pembikinan film animasi ini akan di singkap.Nantikan....

3 comments:

nobisha said...

Tahniah dan teruskanlah mengeluarkan siri yang baik ini. Doa saya untuk kejayaan saudara.

FirAzzurri said...

Salam..
terima kasih saudara nobisha, walaupun sudah mempunyai nama besar dlm bidang blogging saudara masih sempat mengunjungi blog kecil seperti ini. Untuk pengetahuan saudara sy hanya peminat dan memberi sokongan kepada siri ini dengan membantu mempromosikn siri ini terdaya yang mampu, sy atau blog firazzurri ini tidak ada kena mengena dengan pembikinan siri ini dan kesemua kredit ke atas siri ini perlulh diberikan kepada les copaque production suatu produksi animasi 3D di negara kita yang ditunjangi oleh beberapa orang anak muda bangsa kita. Saya akan terus menulis mengenai mereka di artikel2 yg mendatang,...;-)

Aboo said...

Fizooo...

Si raju dah bikin kad raya...Lu tak bikin ke? Huhuhu...

selamat hari raya utk luu


Roger

Hos Web Site Anda Secara Percuma sekarang.

Free Website Hosting