Untuk tidak menghampakan peminat-peminat Upin dan Ipin yang tidak dapat menonton siri ini di TV9, Les Copaque Production membangunankan laman web rasmi untuk siri ini. Anda boleh menyaksikan keseluruhan siri animasi ini di Upin & Ipin .Di sini, peminat dapat mendownload wallpaper, ringtones dan avatars Upin dan Ipin sebagai koleksi.

Firazzurri membawakan beberapa episode Upin dan Ipin pilihan FiZurri untuk tontonan bersama.
Upin & Ipin : Esok Puasa
Upin & Ipin : Nikmat
Upin & Ipin : Adat
Bagi yang berminat, jangan ketinggalan untuk memberi sokongan dengan membeli DVD siri ini yang orginal, sokongan kewangan amat diperlukan bagi menampung kos-kos pembikinan siri ini yang menelan belanja jutaan ringgit, kos yang tinggi ini disebabkan animasi 3D adalah sesuatu yang baru di negara kita dan memerlukan peralatan dan perisian yang terkini. Anda boleh dapatkan DVD siri ini dengan harga yang menarik berserta dengan pelbagai koleksi barangan Upin dan Ipin di World Of GengFirAzzurri akan terus menulis mengenai perkembangan animasi 3D khususnya kelahiran film animasi 3D pertama negara Geng-The Adventure Begins di artikel-artikel yang mendatang. Individu-individu yang memainkan peranan utama di sebalik tabir pembikinan film animasi ini akan di singkap.Nantikan....
